TARIKH BANTUAN STR (FASA 3 2025)
Penerima Bantuan Sumbanagan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang layak seperti Isi rumah, Warga emas dan juga Bujang akan dapat menyemak tarikh penting yang akn diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) tidak lama lagi.
Bagaimanakah Cara Semak Tarikh Bantuan STR? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU STR
STR 2025 adalah singkatan bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2025, iaitu bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya yang tergolong dalam kategori B40 dan M40, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.Bantuan ini merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
BILAKAH TARIKH BANTUAN STR FASA 3 2025
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dijadualkan pada tarikh berikut :
| FASA PENGAGIHAN | TARIKH AGIHAN STR |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 Januari 2025 |
| FASA 2 | 24-27 Mac 2025 |
| FASA 3 | Akhir Julai Hingga Ogos 2025 |
| FASA 4 | November 2025 |
*Fasa 3 dan 4 akan dikemaskini kembali sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).
BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025
Amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar pada tahun ini adalah seperti berikut :
KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN PENUH STR 2025 |
|---|---|
| ISI RUMAH B40 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
| ISI RUMAH M40 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN PENUH STR 2025 |
|---|---|
| Bujang umur 21-59 Tahun | RM600 |
| Bujang umur 60 Tahun dan ke atas | RM600 |
*Jumlah di atas akan dibayar secara berperingkat mengikut fasa dan penerima perlu menyemak jumlah yang akan diterima pada setiap fasa di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR FASA 3
Sila klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah untuk semakan status :
| LAMAN RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Makluman terkini akan dipaparkan pada laman utama portal.
- Klik [TUTUP] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]