SEMAKAN STR FASA 2 : (2025 ONLINE)

SEMAKAN STR FASA 2 : (2025 ONLINE)

Sasaran kerajaan MADANI dalam program Sumbangan Asas Tunai (STR) dilaksanakan secara berperingkat dan berfasa adalah untuk membantu meningkatkan disiplin kewangan rakyat terutamanya dalam dalam musim kegawatan ekonomi yang semakin merunsing.

Bagaimanakah semakan jadual agihan STR Fasa 2? Ikuti info lengkap dibawah.

BACA JUGA : STR 2025 : FASA 2 SEMAKAN STATUS ONLINE

CARA BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2

Cara pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada setiap fasa adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :

  • Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif; atau
  • Melalui kaunter tunai cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi penerima yang tiada akaun bank.

JADUAL STR FASA 2 2025

Berikut merupakan jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025:

FASA
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
TARIKH BAYARAN
Pertama (1)22 hingga 28 Januari 2025
Kedua (2)3 April dan berperingkat
Ketiga (3)Belum diketahui
Keempat (4)Belum diketahui

*Nota : Jadual diatas akan dikemaskini kembali dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran yang akan disiarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

KADAR BANTUAN STR FASA 2 2025

Setiap kategori akan menerima kadar bayaran yag berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
KESELURUHAN 2025
BAYARAN FASA 1BAYARAN FASA 2
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah
RM2,500)
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 keatas : RM2,500
Semua : RM500RM150 hingga RM650
(tertakluk bil. anak
Isi Rumah M40
(Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000)
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 keatas : RM1,250
RM150 hingga RM350
(tertakluk bil. anak
RM100 hingga RM300
(tertakluk bil. anak
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM600RM150RM150
BujangRM600RM150RM150

PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 2 2025

Semakan status penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 hanya boleh dilakukan melalui laman rasmi seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment