SEMAK STATUS STR 2025 : (FASA 3) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK STATUS STR 2025 : (FASA 3) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan Tunai STR Fasa 3 2025 kembali menjadi perhatian rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40 yang layak menerima bantuan tunai kerajaan. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, bantuan ini dilihat mampu meringankan beban kewangan rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang masih mencabar.

Bagaimanakah cara semak status STR? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir atrikel dibawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS SARA MYKASIH : (2025) ONLINE

APA ITU STR

STR 2025, atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada golongan B40 dan M40 untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup.Bantuan ini diberikan dalam bentuk tunai secara berperingkat sepanjang tahun.STR 2025 merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelum ini seperti BSH, BPN, BPR, dan BKM, tetapi dengan penambahbaikan.

SEMAK SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2025

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025

Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3. Tarikh pembayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas pengumuman rasmi dibuat.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah seperti berikut:

KATEGORIJUMLAH BAYARAN (RM)
ISI RUMAH B40RM300-RM500
ISI RUMAH M40RM100-RM300
WARGA EMAS TIADA
PASANGAN
RM150-RM200
BUJANGRM100-RM150

SENARAI BANK PROSES STR 2025

Bagi memudahkan Proses Pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bank yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Maybank
  • CIMB Bank
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • BSN
  • RHB Bank
  • AmBank
  • Agrobank
  • Affin Bank
  • Hong Leong Bank

Pembayaran biasanya mengambil masa antara 1 hingga 3 hari bekerja bergantung kepada sistem bank masing-masing.

SEMAK KAEDAH PENYALURAN STR 2025

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal disalurkan seperti berikut :

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment