SEMAKAN SARA 2025 : ONLINE

SEMAKAN SARA 2025 : ONLINE

Pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus ditambahbaik dimana kategori barangan berdaftar di bawah SARA kini meningkat kepada 14 kategori barangan bagi memenuhi keperluan penerima yang membolehkan penerima yang layak memilih lebih banyak kategori barangan.

Bagaimanakah Cara semakan Sara? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : MYKASIH SARA SEMAKAN 2025 : ONLINE

APA ITU SARA 2025

SARA, atau Sumbangan Asas Rahmah, merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR dalam kategori miskin dan miskin tegar yang disenaraikan dalam eKasih. Program ini telah diperbaharui pada tahun 2025 untuk memastikan akses yang lebih baik kepada barangan keperluan asas menerusi sistem MyKasih.

SEMAK SIAPA LAYAK SARA 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
  • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CARA SEMAK KELAYAKAN SARA 2025

Status Kelayakan Bayaran boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR.

CARA SEMAKAN DI PORTAL MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

CARA SEMAKAN DI PORTAL MYSTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MANFAAT BANTUAN MYKASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan khusus untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan, dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

SEMAKAN SARA 2025

SEMAKAN BAKI BAYARAN MYKASIH 2025

Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda atau
  2. layari https://mykasih.com.my/mykasih-app/
  3. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  7. Klik pada butang [Next] di bawah.
  8. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment