BANTUAN STR HASIL : SEMAKAN STATUS FASA 3 2025
Penerima sedia ada serta penerima baharu yang tersenarai dalam pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima pembayaran bagi STR Fasa 3 secara berperingkat, mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan kadar mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Bagaimanakah Cara semakan Str Hasil? IKuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH SEMAK : 2025 ONLINE
APA ITU BANTUAN STR
STR 2025, atau Sumbangan Tunai Rahmah 2025, adalah bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) untuk membantu mengurangkan kos sara hidup.Ia merupakan lanjutan dari skim bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
KATEGORI PENERIMA BAYARAN STR HASIL
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH MASUK BAYARAN STR
Kadar kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN |
|---|---|
| ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM2500 | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 5 Anak : RM 2,000 5 Anak dan Ke atas: RM 2,500 |
| ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM2501 HINGGA RM5000 | Tiada Anak : RM500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 5 Anak : RM 1,000 5 Anak dan Ke atas: RM 1,250 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 |
| BUJANG | RM600 |
Jumlah bantuan diatas merupakan kadar kelayakan maksimum STR yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2025, namun bantuan tersebut akan dibahagikan secara empat fasa mengikut kadar yang ditetapkan.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN STR HASIL
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
BILA TARIKH MASUK STR FASA 3
Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3. Namun, bayaran dijangka akan diagihkan bermula Ogos 2025. Tarikh pembayaran terkini akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas pengumuman rasmi dibuat.
CARA AGIHAN MASUK BANTUAN STR HASIL
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel :[email protected]