SEMAK BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah diberikan khas kepada rakyat yang lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM).
Bagaimanakah semak bantuan sara? Ikuti panduan lengkap di bawah sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SENARAI BARANG MYKASIH ECONSAVE : SEMAKAN 2025 ONLINE
SEMAK SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA
Hanya individu yang memenuhi kelayakan berikut layak untuk menerima Bantuan MyKasih :
- Kelayakan Pemohon Status Miskin & Miskin Tegar :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Kelayakan Pemohon Status Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN SARA
Bantuan MyKasih SARA diberikan dengan jumlah sebanyak berikut :
- Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
- RM600 setahun untuk golongan Bujang.
- RM1,650 setahun untuk golongan Warga Emas.
- RM2,100 setahun untuk golongan Isi Rumah.
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
- RM450 setahun untuk golongan Warga Emas.
- RM900 setahun untuk golongan Isi Rumah.
CARA MOHON SARA
Ikuti panduan permohonan secara online yang lengkap seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan].
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]