SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini memasuki bayaran bulan Julai dan telah mula dikreditkan ke MyKad penerima yang layak, untuk digunakan bagi membuat pembelian barangan keperluan asas pada bulan tersebut.

Bagaimanakah semakan sumbangan asas rahmah 2025? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA

Berikut merupakan definisi bagi Sumbangan Mykasih (Sara) :

SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih.

SYARAT PENERIMA BANTUAN SARA

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

JUMLAH BAYARAN SARA 2025

Amaun Bantuan (SARA) 2025 seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI-MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL-DISEMBER)
ISI RUMAHRM100/BulanRM200/Bulan
WARGA EMAS
TIADA PASANGAN
RM100/BulanRM150/Bulan
BUJANGRM50/BulanRM50/Bulan
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI-MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL-DISEMBER)
ISI RUMAHRM100/Bulan
WARGA EMAS
TIADA PASANGAN
RM50/Bulan

MANFAAT BANTUAN SARA 2025

SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan khusus untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan, dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

SEMAKAN DI PORTAL MYKASIH

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAKAN DI PORTAL MYSTR

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.


Leave a Comment