BANTUAN SARA RAHMAH : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 ditambah baik membolehkan seramai 5.4 juta penerima layak menerima bantuan bulanan dalam barangan keperluan asas bagi menampung kos sara hidup harian.
Bagaimanakah semakan bantuan asas rahmah? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE
APA ITU BANTUAN SARA
SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
SEMAK STATUS PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal MyKasih; ATAU
- Portal MySTR
SEMAKAN STATUS LAYAK BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Panduan Lengkap Semakan Status MyKasih Terkini 2025 secara online seperti berikut:
SEMAKAN DI PORTAL MYKASIH
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN DIPORTAL MYSTR
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
MANFAAT SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan khusus untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).
SENARAI BARANGAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]