SUMBANGAN TUNAI RAHMAH : FASA 2 2025 SEMAKAN STATUS
Pada tahun 2025 Kerajaan Malaysia telah menaikkan peruntukkan RM13 Bilion bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berbanding tahun 2024 yang sebanyak RM10 Bilion, bantuan disalurkan secara berfasa mengikut kategori yang telah dinyatakan di dalam Belanjawan 2025.
Bagaimanakah cara penyaluran STR 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : LOG MASUK STR : FASA 2 2025 SEMAKAN STATUS
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Syarat dan kategori kelayakan bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2
Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
| Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 | Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan pada 3 April 2025. Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan maklumkan dan kemaskini dari semasa ke semasa. |
AMAUN KELAYAKAN BANTUAN STR TAHUN 2025
Kadar bantuan STR bagi tahun ini diberikan mengikut kategori seperti dibawah :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
| Isi rumah berpendapatan RM2500 Kebawah | Tiada anak : RM1,000 1 hingga 2 anak : RM1,500 3 hingga 4 anak : RM2,000 5 anak keatas : RM2,500 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | Tiada anak : RM500 1 hingga 2 anak : RM750 3 hingga 4 anak : RM1,000 5 anak keatas : RM1,250 |
| Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5000 dan kebawah | RM 600 |
| Bujang berpendapatan RM2500 dan kebawah | RM 600 |
SEMAK STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Bantuan STR akan disalurkan melalui (2) cara iaitu :
- Pengkreditan ke akaun bank penerima:
- Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
- Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’ bayaran boleh diambil secara tunai di kaunter BSN berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel :[email protected]