MYKASIH ONLINE : SEMAKAN STATUS 2025

MYKASIH ONLINE : SEMAKAN STATUS 2025

Barangan keperluan asas di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini diperluaskan, membolehkan penerima menikmati lebih banyak pilihan barangan bagi memenuhi keperluan harian mereka.

Bagaimanakah cara semakan mykasih online? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : SARA MYKASIH SEMAKAN : 2025 ONLINE

APA ITU MYKASIH ONLINE

MYKASIH adalah sebuah inisiatif kerajaan Malaysia, melalui MyKasih Foundation, untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk kredit e-dompet yang dimasukkan ke dalam MyKad penerima.Bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka membeli keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, dan keperluan rumah di kedai-kedai yang berdaftar.

SIAPA LAYAK MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
  • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan secara automatik menerima kredit SARA melalui MyKad.

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYKASIH 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

SEMAKAN DI PORTAL MYKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SEMAKAN DI PORTAL MYSTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MANFAAT MYKASIH ONLINE

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ataupun Mykasih akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan membolehkan penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

KATEGORI BARANGAN BANTUAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment