BANTUAN MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN
Bagi membantu menampung keperluan sara hidup rakyat, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih diberikan sebagai bantuan tambahan dengan peruntukan daripada hasil penjimatan subsidi yang disasarkan oleh Kerajaan bagi tahun 2025.
Bagaimanakah Semakan bantuan myaskih 2025? Ikuti panduan dan penjelasan di bawah sehingga akhir.
BACA JUGA : PERMOHONAN SKIM TOU : (TNB 2025) SYARAT KELAYAKAN,CARA SEMAKAN
APA ITU BANTUAN MYKASIH 2025
MyKasih 2025, juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk membeli keperluan asas seperti makanan dan barangan dapur. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad penerima dan boleh digunakan di pasar raya yang bekerjasama dengan program MyKasih.
SYARAT PERMOHONAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih (SARA) yang bernilai RM100 adalah khas untuk yang memenuhi syarat berikut :
- Ketua isi rumah warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada atau tiada anak);
- Ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan.
*Serta lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah.
CARA PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH 2025 ONLINE
Bantuan MyKasih (SARA) disalurkan khas kepada penerima yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oleh itu, permohonan perlu dilakukan melalui pautan berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Pilih [Status Perkahwinan].
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKASIH
Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan MyKasih :
- 01 April 2025 (Selasa).
- 01 Mei 2025 (Khamis).
- 01 Jun 2025 (Ahad).
- 01 Julai 2025 (Selasa).
- 01 Ogos 2025 (Jumaat).
- 01 September 2025 (Isnin).
- 01 Oktober 2025 (Rabu).
- 01 November 2025 (Sabtu).
- 01 Disember 2025 (Isnin).
CARA PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025
Penyaluran Bantuan MyKasih (SARA) adalah melalui cara berikut :
- Penerima Semenanjung Malaysia :
- Disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
- Penerima Sabah dan Sarawak :
- Disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]