TARIKH BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS

TARIKH BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS

Tidak lama lagi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ketiga (3) akan dimasukkan secara berperingkat kepada kira-kira lebih 8.7 juta penerima yang layak merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas dan juga Bujang.

Bagaimanakah semak tarikh bayaran str 2025? Ikuti info lanjut disini lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA EKASIH : (2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU STR 2025

STR, atau Sumbangan Tunai Rahmah, adalah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).Ia merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

TUJUAN ASAL SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Sumbangan tunai rahmah bertujuan untuk membantu individu dan keluarga yang memerlukan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dijangka bermula pada Ogos 2025, namun tarikh bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

SYARAT KELAYAKAN STR 2025 FASA 3

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN STR 2025

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment