SEMAK BANTUAN SARA 2026 : (BANTUAN ASAS RAHMAH MYKASIH)
Salah satu usaha Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup, Kerajaan turut menyediakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan setiap bulan untuk memenuhi keperluan asas harian.
Bagaimanakah semak bantuan sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: JADUAL PEMBAYARAN SARA 2026 : TARIKH & JUMLAH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN
PENGENALAN BANTUAN SARA
Bantuan SARA atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah program lanjutan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana bantuan SARA dilaksanakan sebagai bantuan tambahan secara bulanan kepada penerima bantuan STR.
Cara pelaksanaan Bantuan SARA adalah seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Jumlah Bantuan | RM50 sehingga RM200 Setiap Bulan |
| Tempoh Bantuan | 12 Bulan (Januari – Disember) |
| Kaedah Bayaran | MyKad (Kad Pengenalan) |
| Manfaat | Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai berdaftar |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN BULANAN SARA 2026
Amaun bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Status Kelayakan dan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026