STR 2025 SEMAKAN : FASA 3 ONLINE

STR 2025 SEMAKAN : FASA 3 ONLINE

Mana-mana rakyat dewasa yang mengemukakan permohonan atau rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum bulan Jun 2025 dan sekiranya disahkan ‘Layak’ sebagai penerima terbaru, bayaran Fasa tiga (3) akan dimasukkan secara berperingkat bersama dengan penerima sedia ada pada tarikh yang ditetapkan.

Bagaimanakah STR 2025 semakan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN 2025 TERBARU : SECARA ONLINE

APA ITU SEMAKAN STR 2025

STR 2025, atau Sumbangan Tunai Rahmah 2025, adalah bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) untuk membantu meringankan beban kos sara hidup.Ia merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

KAEDAH PEMBAYARAN STR 2025

Cara pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Dibayar secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat termasuk di Sabah dan Sarawak.

JUMLAH MASUK BAYARAN STR FASA 3 2025

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada setiap kategori penerima :

KATEGORI ISI RUMAH :

  • Isi Rumah B40 :
    • RM150 (tiada anak);
    • RM300 (1 – 2 anak);
    • RM500 (3 – 4 anak);
    • RM650 (5 anak ke atas).
  • Isi Rumah M40 :
    • RM100 (tiada anak);
    • RM200 (1 – 2 anak);
    • RM250 (3 – 4 anak);
    • RM300 (5 anak ke atas).

KATEGORI BUJANG :

  • Bujang 21 hingga 59 tahun :
    • RM150 (setiap individu).
  • Bujang 60 tahun dan ke atas :
    • RM150 (setiap individu).

SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 3 2052

Sila layari Laman Web Rasmi mySTR atau klik pada pautan di bawah untuk semakan status :

Pautan Laman Web Rasmi mySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Ikuti panduan cara semakan seperti berikut :

  1. Pada halaman utama portal, klik [TUTUP] untuk notis pemakluman terkini.
  2. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment