STR 2025 FASA 2 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN
Untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, Kerajaan meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan peruntukan bajet yang lebih tinggi pada tahun 2025 yang akan memberi manfaat kepada hampir 9 juta penerima daripada kategori isi rumah, bujang, dan warga emas berpendapatan rendah.
Bagaimanakah semakan str fasa 2? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : SEMAK STR FASA 2 : 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN ONLINE
KAEDAH BAYARAN STR FASA 2
Terdapat dua kaedah utama dalam penyaluran STR :
- Penerima dengan Akaun Bank
- Bantuan akan dikreditkan teruske dalam akaun bank penerimaatau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Penerima tanpa Akaun Bank
- Bantuan disalurkan secara tunai di kaunter cawanganBank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran, termasuk di Negeri Sabah dan Sarawak.
TARIKH BAYARAN STR FASA 2025
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
STR FASA 2 2025 | 3 April 2025 |
Pembayaran STR Fasa 2 dijadualkan bermula pada 3 April 2025 dan akan dilakukan secara berperingkat. Namun, tarikh ini tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan boleh berubah mengikut keperluan semasa.
Pihak kami akan kemaskini tarikh rasmi apabila ia diumumkan kelak.
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 2
Syarat dan kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BANTUAN STR 2025
Kadar Bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah berpendapatan RM2500 Kebawah | Tiada anak : RM1,000 1 hingga 2 anak : RM1,500 3 hingga 4 anak : RM2,000 5 anak keatas : RM2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | Tiada anak : RM500 1 hingga 2 anak : RM750 3 hingga 4 anak : RM1,000 5 anak keatas : RM1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM5000 dan kebawah | RM600 |
Bujang berpendapatan RM2500 dan kebawah | RM600 |
CARA SEMAK STR 2025
- Layari portal rasmi STR di :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, klik butang [TUTUP] untuk menutup pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan; klik [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Profil anda akan dipaparkan, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik butang [Semakan 2025] di bawah.
- Skrol ke bawah dan klik butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Penerima STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda sekarang.
- Hotline BKK HASiL : 1-800-88-2747.
- Emel : [email protected].