SEMAKAN STATUS STR : FASA 2 2025 ONLINE

SEMAKAN STATUS STR : FASA 2 2025 ONLINE

Bagi memperkasa dan menjaga kesejahteraan Rakyat Malaysia, Kerajaan Madani telah mencipta sebuah program yang dinamakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diyakini dapat membantu dan meringankan beban rakyat melalui bantuan sebanyak RM13 Bilion pada tahun 2025 berbanding RM10 Bilion pada tahun 2024.

Bagaimanakah semakan status str? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : CHECK STR : FASA 2 2025 SEMAKAN STATUS

KAEDAH BAYARAN STR

Terdapat dua kaedah utama dalam penyaluran STR:

  • Penerima dengan Akaun Bank
    • Bantuan akan dikreditkan teruske dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  • Penerima tanpa Akaun Bank
    • Bantuan disalurkan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran, termasuk di Negeri Sabah dan Sarawak.

TARIKH SEMAK STATUS STR

Tarikh untuk semakan status bayaran STR Fasa 2 2025 adalah seperti berikut :

PERKARATARIKH
STR FASA 2 20253 APRIL 2025

Pembayaran STR Fasa 2 dijadualkan bermula pada 3 April 2025 dan akan dilakukan secara berperingkat. Namun, tarikh ini tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan boleh berubah mengikut keperluan semasa.

Pihak kami akan kemaskini tarikh rasmi apabila ia diumumkan kelak.

JUMLAH BANTUAN STR

Kadar bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan mengikut kategori seperti dibawah :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM2500 kebawah
Tiada anak : RM1,000
1 hingga 2 anak : RM1,500
3 hingga 4 anak : RM2,000
5 anak keatas : RM2,500
Isi rumah berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
Tiada anak : RM500
1 hingga 2 anak : RM750
3 hingga 4 anak : RM1,000
5 anak keatas : RM1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan RM5000 dan kebawah
RM600
Bujang berpendapatan
RM2500 dan kebawah
RM600

SEMAK STATUS STR

Anda boleh rujuk panduan lengkap cara login untuk semakan status kelayakan dan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 di bawah ini.

SEMAK STR 2025

  1. Layari portal rasmi STR di :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Pada halaman utama, klik butang [TUTUP] untuk menutup pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan; klik [Ya] jika betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  8. Profil anda akan dipaparkan, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Skrol ke bawah dan klik butang [Maklumat Bayaran].
  11. Status Bayaran Penerima STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda sekarang.

Leave a Comment