SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAK STATUS ONLINE SARA ONE OFF

SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAK STATUS ONLINE SARA ONE OFF

Semua rakyat dewasa Malaysia termasuk 5.4 juta penerima SARA sedia ada atau baharu akan tmenerima bantuan tambahan ONE-OFF sebanyak RM100 yang akan diberikan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Bagaimanakah semakan bantuan rm100 mykad? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : CHECK DUIT DALAM IC : ONLINE BANTUAN SARA 2025

SIAPA LAYAK BANTUAN RM100 MYKAD

Syarat kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF (sekali bayaran) akan disalurkan secara automatik kepada penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

BARANGAN BANTUAN RM100 MYKAD

Bantuan SARA RM100 ONE OFF yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 MYKAD

Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan kepada penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan. Kredit SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 31 Ogos 2025, dan SAH sehingga 31 Disember 2025.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN RM100 MYKAD

Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal MyKasih seperti berikut:

  • Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Kemudian, Klik [Semakan Status].
  • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  • Selesai.

Status Kelayakan dan Bayaran SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak di Portal MyKasih mulai 21 Ogos 2025.

CARA GUNA BANTUAN RM100 SARA

Penerima boleh menggunakan kredit SARA STR atau SARA ONE-OFF RM100 untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment