STR HASIL 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2

STR HASIL 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2

Kerajaan Malaysia lebih menekankan tentang kesejahteraan dan nasib rakyat pada tahun 2025 dengan memperuntukkan lebih banyak bajet berbanding tahun lepas pada tahun 2024 melalui program yan dinamakan sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibawah seliaan Kementerian Kewangan (MOF)

Bagaimanakah semakan hasil str 2025? Ikuti info dibawah sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN STR 2025 : FASA 2 BAYARAN

KATEGORI KELAYAKAN HASIL STR 2025

Berikut merupakan kategori serta kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bayaran bantuan STR fasa 2 :

  1. ISI RUMAH :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah tidak melebihi RM5,000 dan ke bawah.
  2. WARGA EMAS :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. BUJANG :
    • Belum berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Bayaran STR akan dibayar secara berfasa pada tarikh seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
FASA 122 hingga 28 Januari 2025
FASA 23 April 2025 dan berperingkat
FASA 3Belum diketahui
FASA 4Belum diketahui

*Nota : Tarikh bayaran Fasa ke-2 di atas akan dikemaskini kembali sekiranya terdapat perubahan tarikh.

AMAUN BAYARAN HASIL STR 2025

Amaun yang dipaparkan dibawah adalah merupakan bayaran penuh bagi tahun 2025 :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN STR 2025
Isi rumah berpendapatan
bawah RM2500
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi rumah berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangRM600

*Nota : Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima amaun bayaran Fasa ke-2 yang berbeza dan perlu disemak melalui laman rasmi STR.

KAEDAH BAYARAN HASIL STR 2025

Cara pembayaran str 2025 adalah seperti berikut :

  1. Penerima ada Akaun Bank
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  2. Penerima tiada akaun bank
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran Seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

PANDUAN SEMAK STR 2025

Ikuti panduan semakan status sebagai penerima bayaran Bantuan STR Fasa ke-2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment