BANTUAN HASIL SEMAKAN : FASA 3 2025 ONLINE
Kini, seramai 8.6 juta penerima yang disahkan kelayakan boleh mula membuat semakan status untuk mengetahui sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang telah mula dilaksanakan.
Bagaimanakah semakan bantuan hasil? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN : FASA 3 2025 ONLINE
CARA SEMAKAN BANTUAN HASIL 2025
Pergi ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (mySTR) atau klik pada pautan di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
Ikuti cara semakan status penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 seperti panduan berikut :
- Notis ‘Makluman Terkini’ akan dipaparkan, klik [Tutup].
- Halaman utama mySTR akan dipaparkan.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN HASIL STR FASA 3
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF), bayaran STR Fasa 3 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tarikh berikut :
- Mulai 12 Ogos 2025 (Selasa).
KADAR BAYARAN BANTUAN HASIL STR 2025
Kadar pembayaran STR Fasa 3 adalah berdasarkan kategori penerima seperti berikut :
- Isi Rumah B40 :
- RM150 sehingga RM650(bergantung jumlah anak).
- Isi Rumah M40 :
- RM150 sehingga RM300(bergantung jumlah anak).
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150 setiap individu.
- Bujang :
- RM150 setiap individu.
*Nota : Untuk mengetahui kadar yang tepat, sila semak pada laman rasmi STR.
CARA BAYAR BANTUAN STR FASA 3 2025
Terdapat dua (2) cara pembayaran STR Fasa 3, iaitu melalui :
- Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
- Pembayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]