CARA SEMAK SARA RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan RM100 ONE-OFF boleh digunakan untuk membeli lebih 100,000 barangan keperluan dalam 14 kategori yang diluluskan di bawah Program SARA, di lebih 7,300 premis runcit berdaftar.
Bagaimanakah Cara semak SARA RM200? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : BANTUAN PENGHARGAAN SARA RM100 : SEMAKN STATUS KELAYAKAN SEKARANG!
CARA SEMAK SARA RM100
Untuk mengetahui status kelayakan yang tepat, ikuti cara semak status seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA TERIMA SARA RM100
Setiap penerima akan menerima Bantuan SARA RM100 melalui cara berikut :
- Penerima Di Semenanjung Malaysia :
- Terima Bantuan SARA RM100 sekaligus (one-off) secara tanpa tunai melalui MyKad.
- Penerima Di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan :
- Terima Bantuan SARA RM100 sekaligus (one-off) secara tanpa tunai melalui MyKad.
TARIKH TERIMA SARA RM100
Semua penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-off (sekaligus) dalam MyKad pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sebelum tamat tempoh.

SOALAN LAZIM SARA RM100
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Siapa layak menerima SARA RM100 UNTUK SEMUA?
- SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
- Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
- SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
- Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
- Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
- Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
- Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih SARA?
- Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.