SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG!
Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha dalam membantu rakyat, terutamanya dalam isu peningkatan kos sara hidup. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, satu inisiatif baru telah diumumkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one off akan diberikan kepada penerima yang memenuhi kelayakan.
Bagaimanakah semakan sumbangan asas rahmah? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA SEMAK SARA RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:
- Setiap Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada setiap rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa mulai tarikh pembayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, serta SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
KAEDAH PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Kredit RM100 ONE-OFF akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan, dan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 7,300 premis berdaftar di seluruh Negara.
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Untuk mengetahui status kelayakan yang tepat, ikuti cara semak status seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Bantuan SARA RM100 One-off khas diguna untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi RM100.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA ONE OFF 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025 :
SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03-8882 4565 / 4566.