SARA 2025 SEMAKAN STATUS – CARA TABUS & GUNA BANTUAN RM100 MYKAD

SARA 2025 SEMAKAN STATUS – CARA TABUS & GUNA BANTUAN RM100 MYKAD

Kerajaan meneruskan komitmen membantu rakyat dengan memperkenalkan inisiatif kewangan. Pada tahun 2025, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua akan dilaksanakan. Setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan one-off RM100. Bantuan ini boleh digunakan mulai 31 Ogos 2025, bersempena Hari Kebangsaan.

Baca Juga : Senarai Kedai & Pasaraya Berdaftar Untuk Tebus Sara

Cara Semakan Status SARA 2025

Anda boleh menyemak status permohonan SARA anda dengan mudah bermula 21 Ogos 2025. Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi SARA. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menyemak status anda :

  • Layari laman web rasmi SARA : https://www.sara.gov.my/
  • Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
  • Status kelayakan anda akan dipaparkan, sama ada anda layak menerima bantuan atau tidak.

Cara Tebus Bantuan SARA One-Off 2025

  • Langkah 1 : Kunjungi Kedai/Pasar Raya Berdaftar
    • Pergi ke mana-mana kedai atau pasar raya yang menyertai program MyKasih. Pastikan premis tersebut mempunyai logo MyKasih yang jelas dipamerkan.
    • Pilih barangan keperluan asas yang anda ingin beli.
  • Langkah 2 : Gunakan MyKad di Kaunter Pembayaran
    • Serahkan MyKad anda kepada juruwang semasa membuat pembayaran.
    • Juruwang akan mengimbas MyKad anda dan jumlah pembelian akan ditolak daripada baki RM100 yang terdapat dalam kad tersebut.
  • Langkah 3 : Penggunaan Sebelum Tarikh Luput
    • Kredit RM100 yang diterima sah digunakan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025.
    • Sebarang baki yang tidak digunakan selepas tarikh 31 Disember 2025 akan luput secara automatik. Oleh itu, pastikan anda menggunakan sepenuhnya bantuan yang diberikan sebelum tarikh tersebut.

Senarai Barangan Boleh Dibeli Dengan SARA RM100

Secara umumnya, program SARA Untuk Semua memfokuskan kepada barangan keperluan harian. Ini termasuklah :

  • Makanan Asas : Beras, minyak masak, tepung, gula, garam dan makanan dalam tin seperti sardin dan tuna. Barangan ini penting untuk menyediakan hidangan harian yang berkhasiat.
  • Barangan Kebersihan Diri : Sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, syampu, pencuci pakaian. Kebersihan diri yang baik penting untuk kesihatan.
  • Keperluan Dapur : Bahan-bahan masakan seperti rempah ratus, sos, kicap dan bihun juga termasuk dalam senarai. Ini membantu penerima menyediakan makanan yang lebih bervariasi.
  • Alatulis : Buku latihan, pensel, pen dan pemadam untuk kegunaan anak-anak di sekolah. Pendidikan adalah penting untuk masa depan.
SENARAI BARANGAN SARA

Soalan Lazim (FAQ) SARA 2025

Adakah semua rakyat Malaysia layak menerima SARA 2025?

Tidak semua. Bantuan bulanan hanya diberikan kepada penerima STR dan eKasih. bagaimanapun , semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan one-off RM100 sebagai penghargaan.

Bolehkah SARA 2025 dikeluarkan dalam bentuk tunai?

Tidak. Bantuan ini hanya boleh digunakan di kedai-kedai yang berdaftar untuk membeli barangan keperluan asas sahaja.

Di mana saya boleh menyemak senarai kedai yang berdaftar dengan MyKasih?

Anda boleh menyemak senarai kedai yang berdaftar melalui portal rasmi MyKasih dan SARA 2025.

Bila bantuan one-off RM100 boleh digunakan?

Bantuan one-off RM100 boleh digunakan bermula dari 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

SARA RM100 ONE-OFF 2025

Bantuan SARA One-Off 2025 bernilai RM100 adalah salah satu usaha kerajaan untuk terus membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Dengan pembayaran yang dijadualkan pada 31 Ogos 2025, penerima akan dapat menikmati bantuan tambahan bersempena dengan bulan kemerdekaan negara.

Rujukan & Maklumat Lanjut

Maklumat yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi SARA. Jika terdapat pertanyaan atau isu berkaitan Bantuan SARA, sila hubungi pihak yang bertanggungjawab.

Leave a Comment