SARA EKASIH SEMAKAN – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEGERA

SARA EKASIH SEMAKAN – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEGERA

Bagi memudahkan rakyat menerima bantuan, Kerajaan MADANI menyediakan inisiatif bayaran secara tanpa tunai (cashless) dengan menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui IC yang boleh digunakan untuk pembayaran barangan keperluan asas yang mudah, cepat dan selamat.

Bagaimanakah Semakan SARA Ekasih dilakukan? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025 – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEKARANG

CARA SEMAKAN SARA EKASIH

Untuk memudahkan cara semakan SARA Mykasih, anda boleh menyemak mengikut cara yang berikut :

  1. Portal MyKasih
    • Layari Portal Rasmi MyKasih di : https://www.mykasih.com.my/
    • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
    • Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
    • Klik [Semak Status].
    • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    • Proses selesai.
  2. Portal Rasmi SARA
    • Layari laman web rasmi SARA : https://www.sara.gov.my/
    • Cari dan klik pada menu Semakan Kelayakan SARA.
    • Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) anda dengan tepat.
    • Tekan butang Semak.
    • Status kelayakan anda akan dipaparkan, sama ada Layak atau Tidak Layak.

SYARAT KELAYAKAN SARA EKASIH

Antara syarat yang ditetapkan membolehkan terima bantuan SARA adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SENARAI BARANG SARA EKASIH

Penerima boleh melakukan pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

SOALAN LAZIM SARA

Berikut merupakan soalan yang selalu ditanya oleh rakyat Malaysia :

  • Adakah perlu memohon Bantuan SARA Dalam MyKad?
    • Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak.
  • Bolehkan keluarkan Bantuan SARA secara tunai dari MyKad?
    • Tidak boleh. Penerima hanya boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai guna MyKad.
  • Bolehkah wakilkan ahli keluarga untuk guna Bantuan SARA Dalam MyKad?
    • Boleh sekiranya penerima membenarkan ahli keluarga membuat pembelian menggunakan MyKad.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment