SEMAKAN BANTUAN DALAM IC – SEMAK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN DALAM IC – SEMAK SEKARANG

Golongan yang berpendapatan rendah dan kurang kemampuan akan menerima Bayaran Bantuan SARA di bawah program Mykasih yang diterajui oleh LHDN. Setiap bulan sehingga ke penghujung tahun Disember 2025 supaya dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban rakyat.

Bagaimanakah cara Semakan bantuan dalam ic? ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK RM100 DALAM MYKAD – SEMAKAN KELAYAKAN ANDA SEKARANG

CARA SEMAKAN BANTUAN DALAM IC

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan dalam ic adalah seperti berikut:

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini :https://mykasih.com.my/
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BANTUAN DI APLIKASI SARA

Berikut merupakan panduan semakan SARA di aplikasi:

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN DALAM IC

Antara amaun yang akan disalurkan adalah seperti berikut:

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM2,100 setahun (RM100 & RM200 sebulan).
    • Warga Emas : RM1,650 setahun (RM100 & RM150 sebulan).
    • Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan).
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM900 setahun (RM100 sebulan).
    • Warga Emas : RM450 setahun (RM50 sebulan).

JADUAL BAYARAN BANTUAN DALAM IC

Pembayaran bantuan SARA MyKasih adalah dijadualkan seperti berikut:

KELAYAKAN PENERIMABAYARAN
FASA (1) PERTAMA
BAYARAN
FASA (2) KEDUA
PENERIMA MISKIN DAN MISKIN TEGAR15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025

SOALAN LAZIM SARA

Berikut antara soalan lazim berkaitan Bantuan SARA :

  1. Dimanakah boleh guna Bantuan SARA?
    • Terdapat lebih 4,100 kedai dan pasaraya yang menerima penggunaan Bantuan SARA.
  2. Bolehkah Bantuan SARA digunakan untuk membeli barang selain keperluan asas?
    • Tidak boleh. Pembelian adalah khusus untuk barangan keperluan asas yang diluluskan sahaja.
  3. Bolehkah Bantuan SARA ditunaikan?
    • Tidak boleh. Penggunaan Bantuan SARA hanyalah secara tanpa tunai (cashless).

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment