BAKI MYKASIH : PANDUAN CARA SEMAK ONLINE
Semakan baki boleh dilakukan secara atas talian untuk menyemak berapakah jumlah amaun yang ada didalam Mykad supaya mudah untuk kita mengetahui sebelum membeli barangan SARA yang tersenarai.
Bagaimanakah Cara Semakan Baki Mykasih? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CHECK DUIT DALAM MYKAD : 2025 CARA SEMAK BAKI SARA MYKASIH
CARA SEMAK BAKI MYKASIH
Semakan baki boleh dilakukan secara atas talian dan boleh digunakan selama mana program ini masih berlangsung, berikut cara yang boleh anda menyemak baki Mykasih :
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SYARAT LAYAK SEMAK BAKI MYKASIH
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA BAYAR BAKI MYKASIH
Cara pembayaran SARA kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah sama iaitu secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan pembelian barang keperluan asas di 7,300 kedai runcit dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
SOALAN LAZIM MYKASIH
- Bagaimana jika status semakan menunjukkan tiada baki?
- Ini bermaksud bantuan bulan tersebut sudah digunakan sepenuhnya.
- Apakah yang terjadi jika baki tidak habis digunakan?
- Baki akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat program (31 Disember 2025).
- Bolehkah baki MyKasih dikeluarkan sebagai wang tunai?
- Tidak boleh. Ia hanya digunakan untuk pembelian barang asas di kedai berdaftar.
- Bagaimanakah cara semak baki bantuan dalam MyKad?
- Baki bantuan boleh disemak melalui Portal Rasmi SARA dan Aplikasi MyKasih atau boleh disemak melalui resit pembelian.
- Bagaimana cara tahu senarai kedai yang menerima MyKasih?
- Senarai kedai runcit berdaftar boleh disemak di portal rasmi MyKasih.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]