STR FASA 4 2025 – SEMAKAN STATUS

STR FASA 4 2025 – SEMAKAN STATUS

Pemohon baharu dan rayuan yang mengemukakan permohonan bermula 19 Oktober 2025 dan sekiranya memenuhi kelayakan akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 4 tidak lama lagi.

Macam manakah cara check str fasa 4 2025? Ikuti panduan lengkap dibawah sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 4 : 2025 SEMAK KELAYAKAN BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

CARA BAYAR STR FASA 4 2025

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  1. Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
    • Penerima tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  2. Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

CARA SEMAK STATUS STR FASA 4 2025

Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025

Bagi yang layak dan juga masih menunggu status kemaskini, anda boleh bersedia pada tarikh yang akan di umumkan seperti berikut :

FASA STRTARIKH AGIHAN
FASA 122-28 Januari 2025
FASA 224-27 Mac 2025
FASA 312-17 Ogos 2025
FASA 4Tarikh semakan akan dikemaskini
apabila telah diumumkan oleh
Kementerian Kewangan kelak.

JUMLAH BANTUAN STR FASA 4

Jumlah bantuan yang akan diterima dalam Fasa 4 ini bergantung pada kategori dan pendapatan isi rumah. Berikut adalah perinciannya :

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • Tiada anak : RM200
    • 1-2 anak : RM350
    • 3-4 anak : RM500
    • 5 anak atau lebih : RM700
  • Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada anak : RM100
    • 1-2 anak : RM200
    • 3-4 anak : RM250
    • 5 anak atau lebih : RM350
  • Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM150
  • Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan) yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • RM150

SOALAN LAZIM STR

Berikut merupakan persoalan yang ramai orang tertanya-tanya:

  1. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Bayaran STR Fasa 4 khas untuk pemohon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Bagaimanakah permohonan Bantuan STR?
    • Permohonan Bantuan STR perlu dikemukakan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul.
  3. Adakah golongan bujang juga layak terima Bantuan STR?
    • Hanya golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan bawah RM2,500 dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  4. Adakah Bantuan STR dibayar sekaligus?
    • Tidak, Bantuan STR dibayar secara ansur selama empat (4) fasa.
  5. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada hak penerima.

RUJUKAN

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:

Leave a Comment