SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD : SEMAK KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEGERA

SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD : SEMAK KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEGERA

Seramai 22 Juta rakyat dewasa Malaysia kini telah mula menerima bantuan SARA RM100 untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar yang diyakini dapat memudahkan cara penebusan bantuan SARA kalini.

Bagaimanakah cara semakan mykasih dalam mykad? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 2025)

SYARAT LAYAK MYKASIH DALAM MYKAD

Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai dalam rekod data eKasih bagi golongan Miskin dan Miskin Tegar.

CARA SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD

Antara cara yang membolehkan semakan dilakukan untuk mengetahui status adalah sepert berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status penerima Bantuan MySARA akan dipaparkan.
  14. Selesai.

CARA SEMAK DI PORTAL MYKASIH

Berikut adalah cara yang boleh digunakan untuk semakan diportal :

  1. Sila layari Laman Portal Rasmi MyKasih di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama ‘Penghargaan SARA’ akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  6. Contoh : 84XXXXXXXXXX.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  8. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  9. Selesai.

KAEDAH BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD

Cara pembayaran SARA kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah sama iaitu secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan pembelian barang keperluan asas di 7,300 kedai runcit dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH DALAM MYKAD

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SARA :

  1. Adakah Bantuan SARA boleh ditunaikan?
    • Bantuan SARA hanya boleh digunakan secara tanpa tunai (cashless) dengan Kad Pengenalan sahaja dan tidak boleh ditunaikan.
  2. Adakah semua penerima STR akan menerima Bantuan SARA setiap bulan?
    • Tidak semua, hanya 5.4 juta penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.
  3. Bolehkah Bantuan SARA dipindah milik kepada orang lain?
    • Tidak boleh. Bantuan SARA hanya dikreditkan khusus kepada yang layak sahaja dan perlu digunakan untuk membeli barang keperluan.
  4. Adakah Bantuan SARA diteruskan setiap tahun?
    • Ya, tetapi jumlah, kelayakan penerima, dan kaedah bayaran mungkin berubah mengikut pengumuman Belanjawan tahunan kerajaan.

RUJUKAN

Semua maklumat berkaitan Bantuan MySARA dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA (MyKasih). Oleh itu, Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak MySARA seperti berikut :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel :[email protected]

Leave a Comment