SEMAKAN BANTUAN STR 2025 – JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI ISI RUMAH, WARGA EMAS & BUJANG
Kerajaan Malaysia meneruskan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 untuk membantu rakyat menangani peningkatan kos hidup. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat, dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori penerima seperti keluarga, warga emas tanpa pasangan, dan individu bujang.
Artikel ini akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang jumlah STR 2025 yang akan diterima mengikut kategori, syarat-syarat kelayakan, serta tarikh pembayaran.
Baca Juga : CARA SEMAK BANTUAN SARA 2025
APA ITU BANTUAN STR 2025?
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah inisiatif bantuan kewangan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini disalurkan terus ke akaun penerima atau boleh dituntut di cawangan BSN.
Selain itu, terdapat juga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memberikan kredit untuk pembelian barangan keperluan asas melalui MyKad khusus untuk golongan miskin dan sangat miskin.
JUMLAH BANTUAN STR 2025 MENGIKUT KATEGORI
- Isi Rumah Keluarga
- Pendapatan bulanan RM2,500 atau kurang :
- Tiada anak : RM1,000
- 1 – 2 anak : RM1,500
- 3 – 4 anak : RM2,000
- 5 anak keatas : RM2,500
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak : RM500
- 1 – 2 anak : RM750
- 3 – 4 anak : RM1,000
- 5 anak keatas : RM1,250
- Pendapatan bulanan RM2,500 atau kurang :
- Warga Emas Tanpa Pasangan
- Berumur 60 tahun ke atas
- Jumlah bantuan di antara RM600
- Individu Bujang
- Berumur 21 – 59 tahun (OKU bermula 19 tahun)
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500
- Jumlah bantuan RM600.
JADUAL PEMBAYARAN STR 2025
STR 2025 akan dibayar dalam 4 fasa utama :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : Mac / April 2025
- Fasa 3 : 12 Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025 (tarikh rasmi akan diumumkan kelak)
Setiap fasa melibatkan jutaan penerima di seluruh negara dengan jumlah peruntukan keseluruhan lebih daripada RM13 bilion.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Anda boleh semak status STR 2025 melalui :
- Laman web rasmi LHDNM di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk dengan menggunakan nombor IC/MyKad dan kata laluan.
- Status kelayakan, jumlah bantuan, dan maklumat akaun bank penerima akan dipaparkan.
Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke akaun, anda boleh menuntut bayaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
STR 2025 adalah bantuan penting daripada kerajaan untuk memastikan golongan B40 dan M40 tidak ketinggalan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Dengan pembayaran yang berperingkat mengikut kategori keluarga, warga emas, dan individu bujang, bantuan ini diharap dapat meringankan beban jutaan rakyat.
Sentiasalah menyemak status anda bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang bayaran. Soalan Lazim (FAQ) STR 2025
SOALAN LAZIM (FAQ)
Bilakah tarikh pembayaran STR 2025?
STR 2025 akan dibayar dalam 4 fasa : Januari, Mac/April, Ogos, dan November 2025.
Penerima bujang layak menerima RM150 untuk setiap fasa utama.
menerima STR 2025?
Ya, warga emas berumur 60 tahun ke atas tanpa pasangan layak menerima sekitar RM600.
Anda boleh membuat semakan melalui laman web STR dengan menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
Anda boleh menuntut bayaran tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
INFO & MAKLUMAT LANJUT
Semua info yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566
- Emel : [email protected]