SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH : FASA 3 2025 (RM900)

SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH : FASA 3 2025 (RM900)

Seramai 100,000 golongan miskin dan miskin tegar Sabah disahkan layak menerima bantuan tunai menerusi Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR Sabah) secara berfasa sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah semakan status syukur 2025? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN ( SARA MYKASIH)

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
  • KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024.
  • KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

JUMLAH BAYARAN STATUS SYUKUR SABAH

Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3, 4) iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH

Berikut adalah tarikh bayaran bantuan syukur sabah :

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula Februari 2025.
  • Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025.
  • Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025.
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025.

CARA SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH

Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi PADANS di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) akan dipaparkan.
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

SEMAKAN MELALUI PAUTAN SYUKUR SABAH :

  1. Sila layari pautan Sukur Sabah rasmi di sini : https://syukur.sabah.gov.my/.
  2. Halaman semakan status akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang (-) contoh : 89XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
  5. Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Selesai.

KELEBIHAN SYUKUR SABAH

  • Meringankan Beban Kewangan
    • Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
  • Meningkatkan Taraf Hidup
    • Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
  • Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin
    • Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.

SOALAN LAZIM (FAQ) STATUS SYUKUR SABAH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SYUKUR SABAH:

  1. Berapa jumlah bayaran SYUKUR Sabah?
    • Kadar bayaran adalah RM300 Setiap Bulan. Namun, pembayaran dilakukan secara berfasa sebanyak RM900 (setiap fasa), bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak (RM300 + RM300 + RM300 = RM900).
  2. Bila semakan kelayakan SYUKUR Sabah dibuka?
    • Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk setiap Fasa Pembayaran dibuka bermula tarikh pembayaran fasa diumumkan.
  3. Bolehkah saya semak kelayakan menggunakan telefon pintar?
    • Ya, semakan boleh dibuat di Portal Rasmi SYUKUR Sabah menggunakan telefon bimbit.
  4. Adakah bantuan ini hanya untuk warga Sabah?
    • Ya, KIR yang menetap di Sabah dan memenuhi syarat kelayakan sahaja akan menerima bantuan ini.
  5. Bagaimana jika nama saya tiada dalam senarai penerima SYUKUR Sabah?
    • Anda boleh menghubungi saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:


Leave a Comment