APA ITU SUBSIDI PETROL : SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN & SEMAKAN
Kerajaan MADANI telah mengotakan komitmennya untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 dan mengurangkan harga petrol RON95 untuk rakyat Malaysia, berbanding harga pam petrol RON95 semasa iaitu RM2.05 seliter, rakyat Malaysia dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter mulai 30 September 2025.
Apakah itu Subsidi Petrol RON96? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA CEK BAKI MYKASIH : PANDUAN LENGKAP
APA ITU SUBSIDI PETROL
BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.
SIAPA LAYAK SUBSIDI PETROL
Syarat kelayakan untuk mendapatkan subsidi petrol RON95 ialah seperti berikut :
- Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
- Mempunyai lesen memandu yang masih aktif
- Tiada kira tahap pendapatan – semua layak
- Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu
Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.
RON95 TANPA SUBSIDI : Bagi golongan tidak layak (contohnya bukan warganegara), mereka perlu bayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
JADUAL PELAKSANAAN APA ITU SUBSIDI PETROL
Tarikh pelaksanaan ataupun jadual yang dikeluarkan untuk penerima subsidi petrol adalah seperti berikut :
- Pada 27 September 2025(Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
- Pada 28 September 2025(Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
- Pada 30 September 2025(Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung BUDI95 dari semasa ke semasa. Orang ramai disaran untuk merujuk saluran rasmi MOF bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.
CARA TEBUS SUBSIDI PETROL
Berikut merupakan cara yang betul untuk menebus subsidi petrol 2025 :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Selesai.
SENARAI STESEN MINYAK UNTUK TEBUS SUBSIDI PETROL
Antara stesen minyak yang dibolehkan menebus subsidi petrol adalah seperti berikut :
- PETRONAS;
- SHELL;
- PETRON;
- BHP;
- CALTEX.
SOALAN LAZIM (FAQ) APA ITU SUBSIDI PETROL
Berikut adalah soalan yang kerap ditanya tentang subsidi petrol :
- Siapa yang layak terima subsidi RON95?
- Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
- Bagaimana jika MyKad rosak atau tidak boleh digunakan?
- Apa beza harga RON95 subsidi dan tanpa subsidi?
- Adakah perlu berdaftar untuk tebus subsidi ron95?
- Tidak. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, semakan pengesahan boleh dibuat menggunakan MyKad.
- Bilakah program ini akan dilaksanakan?
- Program ini dijangka akan dilaksanakan pada akhir bulan iaitu 30 September 2025.
RUJUKAN
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/