DAFTAR MYDIGITAL ID : CARA REGISTER ONLINE

DAFTAR MYDIGITAL ID : CARA REGISTER ONLINE

Sekarang ni pada tahun 2025, makin banyak urusan yang menggunakan MyDigital ID, antaranya MyBayar Saman (Siap dapat diskaun 50%). Selain itu, proses pendaftaran simkad prabayar juga akan guna pakai MyDigital ID, dikuat kuasa menjelang akhir tahun 2025 nanti.

Bagaimanakah cara pendaftaran Mydigital ID? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : APA ITU SUBSIDI PETROL : SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN & SEMAKAN

APA ITU MYDIGITAL ID

Mydigital ID (IDN) merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk sumber tunggal.

ID Digital Nasional ini dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuanpengesahan identitidenganselamat, terjamin dan menjimatkan masa.

Note : ID Digital Nasional juga tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melengkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.

CARA DAFTAR MYDIGITAL ID

Kaedah mudah untuk mendaftar Mydigital Id adalah seperti berikut :

  1. Install aplikasi melalui pautan https://www.digital-id.my/download
  2. Buka aplikasi tersebut dan tekan pada icon ‘3 Baris’ pada sebelah KIRI, ATAS aplikasi tersebut.
  3. Dari menu yang keluar, pilih ‘Daftar Online’ untuk orang awam. Kakitangan kerajaan pula perlu pilih ‘Penjawat Awam’
  4. Masukkan alamat email anda (patikan anda guna email yang betul/rasmi. Ini adalah penting). Tekan SETERUSNYA.
  5. Masukkan OTP 6 digit yang dihantar kepada email anda. Tekan SETERUSNYA.
  6. Masukkan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan. Tekan SETERUSNYA.
  7. Benarkan aplikasi MyDigital ID untuk gunakan kamera telefon anda.
  8. Ambil gambar depan MyKad. Tekan SAHKAN.
  9. Ambil gambar belakang MyKad. Tekan SAHKAN.
  10. Aplikasi MyDigital ID akan mengambil gambar muka anda untuk proses eKYC. Pastikan anda berada di tempat yang cerah.
  11. Masukkan password/katalaluan yang anda nak gunakan untuk akses aplikasi MyDigital ID. Tekan OK.

CARA MENDAFTAR DI KIOSK MYDIGITAL ID :

  1. Muat turun aplikasi MyDigital ID dalam peranti / telefon mudah alih
  2. Tetapkan kata laluan (8 aksara) yang akan digunakan untuk log masuk
  3. Bawa bersama kad pengenalan untuk proses verifikasi di Kios IDN.

KELEBIHAN MENGUNAKAN MYDIGITAL ID

Berikut adalah kelebihan yang anda dapat jika mendaftar mydigital id :

  • Pengesahan diri yang tepat dan dipercayai
  • Menghapuskan pertindihan data identiti
  • Kurangkan risiko penipuan identiti atas talian
  • Kemudahan log masuk tunggal untuk pelbagai aplikasi
  • Selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi atas talian
  • Memudahkan akses perkhidmatan kerajaan di atas talian (JPJ, PDRM, JPN, SPRM dan LHDN)

SOALAN LAZIM (FAQ)

Berikut merupakan soalan yang selalu diajukan untuk mengetahui tentang mydigital id :

  1. Apakah itu Mydigital ID?
    • Sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian termasuk perkhidmatan kerajaan seperti MyHRMIS Mobile.
  2. Bila tarikh akhir Daftar Mydigital ID?
    • Tiada tarikh akhir pendaftaran rasmi yang diumumkan untuk MyDigital ID namun, pendaftaran telah dibuka secara rasmi bermula Mei 2024.
  3. Selamatkah untuk digunakan Mydigital ID?
    • Ya, ia tidak menyimpan sebarang data peribadi pengguna, memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya.
  4. Adakah Mydigital ID boleh digunakan di telefon pintar sahaja?
    • Ya betul, hanya boleh diakses dan digunakan ditelefon pintar sahaja.
  5. Siapa yang boleh dihubungi jika ada masalah tentang Mydigital ID?
    • Sebarang maklumat lanjut boleh di hubungi di : Talian hotline – 03 8687 2772 dan juga email – [email protected].

RUJUKAN

Sebarang rujukan tentang info terbaru dan maklumat yang lebih lanjut boleh layari di :

1 thought on “DAFTAR MYDIGITAL ID : CARA REGISTER ONLINE”

  1. Mohon bantuan, untuk dapat pengesahan cop jari, Dimana tempat untuk pergi buat pengesahan, ada kah di pejabat pendataran, balai polis. Atau….
    Adakah pendaftaran dah selesai setakad online di telefon, tak perlu buat pengesahan. Masalah bila buka mydigital id terus minta scan.nak scan apa.

    Reply

Leave a Comment