BANTUAN RM100 TELAH DIKREDITKAN : SEMAK NAMA ANDA SEKARANG!

BANTUAN RM100 TELAH DIKREDITKAN : SEMAK NAMA ANDA SEKARANG!

Pada tahun 2025, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk bantu mereka yang berpendapatan rendah, terutamanya golongan B40, Miskin Tegar, dan Miskin eKasih. Bantuan ini beri RM100 secara one-off untuk membeli barang keperluan asas.

BANTUAN RM100 TELAH DIKREDITKAN

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini diberi dalam bentuk kredit melalui MyKad. Kredit ini boleh digunakan untuk beli 14 jenis barang keperluan harian di kedai yang berdaftar dengan MyKasih.

SARA MYKASIH

Kelebihan Bantuan SARA 2025

  • Bantuan Kredit : Kredit dalam MyKad boleh digunakan untuk beli barang tanpa tunai.
  • Tiada Tarikh Luput : Kredit yang tak guna boleh dibelanjakan sampai 31 Disember 2025.
  • Boleh Guna di Banyak Kedai : Lebih 4,100 kedai di seluruh negara terima bayaran guna MyKad, termasuk pasar raya besar seperti Giant, Mydin, dan HeroMarket.

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA SARA 2025?

SARA 2025 diberi pada mereka yang layak berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Miskin Tegar/Miskin eKasih.

Ini kategori penerima yang layak :

Kategori PenerimaJumlah Bantuan SetahunKadar Bantuan BulananTempoh Bantuan
Isi Rumah (B40)RM2,100RM100 (Jan-Mac), RM200 (Apr-Dis)Setahun
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Jan-Mac), RM150 (Apr-Dis)Setahun
Bujang (21 – 59 tahun)RM600RM50 sepanjang tahunSetahun

MACAM MANA NAK MOHON DAN SEMAK KELAYAKAN SARA 2025?

SARA 2025 disalurkan terus kepada penerima yang layak, berdasarkan data yang dikemas kini di eKasih dan STR 2025. Tak perlu mohon. Tapi, anda kena semak kelayakan dulu untuk pastikan status anda.

Cara Semak Kelayakan

  1. Portal Rasmi MyKasih : Semak kelayakan di MyKasih. Masukkan nombor MyKad dan captcha untuk tahu status kelayakan.
  2. Aplikasi MyKasih : Muat turun Aplikasi MyKasih percuma di Google Play Store atau Apple App Store.
    Log masuk guna nombor MyKad untuk semak status bantuan dan baki kredit SARA.
  3. Guna SMS dan Notifikasi WhatsApp : Penerima yang layak akan terima SMS atau WhatsApp untuk beritahu mereka layak.

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Bayaran SARA 2025 akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima mulai 15 Januari 2025. Jumlah bantuan bergantung pada kategori penerima.

  • Isi Rumah (B40)
    • Jumlah Bulanan & Tempoh : RM100 (Jan-Mac), RM200 (Apr-Dis)
    • Jumlah Bantuan Setahun : RM2,100
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Jumlah Bulanan & Tempoh : RM100 (Jan-Mac), RM150 (Apr-Dis)
    • Jumlah Bantuan Setahun : RM1,650
  • Bujang (21-59 tahun)
    • Jumlah Bulanan & Tempoh : RM50 sepanjang tahun
    • Jumlah Bantuan Setahun : RM600

BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA

Dengan SARA 2025, penerima bantuan boleh beli macam-macam barang keperluan harian. Ini 14 kategori barang yang boleh dibeli guna bantuan ini :

  • Beras : Beras putih, beras basmati
  • Telur : Telur ayam, telur itik
  • Minyak Masak :Minyak masak kelapa, minyak masak sawit
  • Tepung :Tepung gandum, tepung jagung
  • Roti : Roti putih, roti wholemeal
  • Biskut : Biskut krim, biskut makanan ringan
  • Mi Segera : Mi goreng, mi sup
  • Makanan Dalam Tin : Sardin, tuna, sayur dalam tin
  • Minuman : Teh, kopi, jus
  • Bahan Perasa : Garam, gula, sos
  • Produk Kebersihan Diri : Sabun mandi, syampu, ubat gigi
  • Keperluan Sekolah :Alat tulis, buku nota
  • Ubat-ubatan : Ubat demam, ubat sakit kepala
  • Barangan Kebersihan Rumah : Sabun pencuci, penyegar udara
14 KATEGORI BARANGAN SARA

CARA BELI BARANG GUNA KREDIT SARA

  • Pilih Barangan : Pilih barangan yang anda perlukan daripada 14 kategori yang telah ditetapkan dan pastikan ia mempunyai label SARA.
  • Tunjukkan MyKad : Apabila tiba di kaunter pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang. Ini adalah untuk pengesahan identiti anda sebagai penerima bantuan SARA.
  • Imbas Kod Barangan : Juruwang akan mengimbas kod barangan yang anda beli untuk memastikan ia termasuk dalam senarai barangan yang layak.
  • Bayar Menggunakan MyKad : Sahkan transaksi pembayaran dengan menggunakan MyKad anda. Ikut arahan yang diberikan oleh juruwang untuk melengkapkan pembayaran.
  • Simpan Resit : Pastikan anda menyimpan resit pembayaran sebagai bukti pembelian dan untuk rujukan di masa hadapan.

SENARAI KEDAI TERIMA MYKASIH

SARA 2025 boleh digunakan di lebih 4,100 kedai yang terima MyKasih di seluruh Malaysia. Anda boleh cari kedai yang dekat dengan anda guna aplikasi MyKasih atau portal rasmi MyKasih.

Kedai Yang Terima MyKasih

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

SARA ialah bantuan dalam bentuk kredit yang dimasukkan dalam MyKad untuk beli barang asas di kedai yang terima MyKasih.

Siapa yang layak dapat SARA?

Mereka yang layak termasuk penerima STR 2025, Miskin Tegar, dan Miskin eKasih. Tak perlu mohon, kelayakan berdasarkan data yang dikemas kinI.

Macam mana nak semak kelayakan saya?

Semak kelayakan guna portal rasmi MyKasih atau aplikasi MyKasih. Anda juga akan terima SMS atau WhatsApp untuk beritahu kelayakan anda.

Kat mana saya boleh guna bantuan SARA?

Bantuan SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai yang berdaftar dengan MyKasih, termasuk pasar raya besar dan kedai runcit tempatan.

Macam mana nak beli barang guna kredit SARA?

Tunjuk MyKad pada juruwang dan masukkan PIN untuk sahkan pembelian barang.


KESIMPULAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 bantu golongan B40 hadapi kos sara hidup yang makin meningkat. Dengan sistem bayaran guna MyKad, bantuan ini mudahkan proses beli barang asas. Pastikan anda guna bantuan ini sebelum 31 Disember 2025.

Untuk maklumat lanjut dan semakan kelayakan, layari :

Baca Juga : BUDI MADANI RON95

Leave a Comment