BUDI MADANI RON95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA ISI MINYAK PETROL GUNA SUBSIDI
Kerajaan Malaysia MADANI telah mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar untuk harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter. BUDI MADANI RON95 (BUDI95) iaitu satu program dirancang khas bagi memastikan manfaat subsidi minyak dinikmati secara menyeluruh oleh warganegara tanpa mengira tahap pendapatan dan latar belakang ekonomi.
Apakah itu Budi Madani RON95? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : APA ITU SUBSIDI PETROL : SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN & SEMAKAN
APA ITU BUDI MADANI RON95
BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.
SIAPA LAYAK BUDI MADANI RON95
Berikut merupakan syarat kelayakan Bantuan Budi Madani RON95 :
- Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
- Mempunyai lesen memandu yang masih aktif
- Tiada kira tahap pendapatan – semua layak
- Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu
Pengecualian:Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.
Harga RON95 Tanpa Subsidi:
Bagi golongan tidak layak(contohnya bukan warganegara), mereka perlu bayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
TARIKH PELAKSANAAN BUDI MADANI
Jadual yang diberikan adalah tarikh program budi madani akan dilangsungkan :
- Pada 27 September 2025(Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
- Pada 28 September 2025(Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
- Pada 30 September 2025(Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
CARA TEBUS BUDI MADANI RON95
Kaedah penebusan adalah seperti berikut :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI RON95
Berikut merupakan soalan yang selalu diajukan oleh penerima Budi Madani :
- Siapa yang layak terima subsidi RON95?
- Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
- Bagaimana jika MyKad rosak atau tidak boleh digunakan?
- Apa beza harga RON95 subsidi dan tanpa subsidi?
- Adakah perlu berdaftar untuk tebus subsidi ron95?
- Tidak. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, semakan pengesahan boleh dibuat menggunakan MyKad.
- Bilakah program ini akan dilaksanakan?
- Program ini dijangka akan dilaksanakan pada akhir bulan iaitu 30 September 2025.
RUJUKAN
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/