SEMAKAN E KASIH 2025 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA

SEMAKAN E KASIH 2025 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA

Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa (berbeza setiap negeri), boleh mendaftar (register) eKasih secara online untuk mendapatkan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dan agensi pemberi bantuan.

Bagaimanakah semakan e kasih dilakukan? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : BUDI MADANI RON95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA ISI MINYAK PETROL GUNA SUBSIDI

CARA SEMAKAN E KASIH 2025

Untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar tertinggi, pemohon perlu mendaftar eKasih dan memohon Sumbangan Tunai Rahmah seperti panduan di bawah :

CARA DAFTAR EKASIH :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Selesai.

CARA MOHON SARA EKASIH :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Sila pilih [Status Perkahwinan].
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

BUTIRAN E KASIH

Semasa register (daftar) eKasih, pemohon perlu melengkapkan maklumat seperti berikut :

  • Butiran Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
  • Alamat Kediaman;
  • Pendidikan;
  • Kemahiran dan pekerjaan;
  • Harta;
  • Tahap Kesihatan;
  • Penerimaan Bantuan; dan
  • Kadar Pendapatan.

KELEBIHAN E KASIH 2025

Antara kelebihan yang dapat daripada pendaftaran eKasih adalah sekiranya pemohon lulus dan akan secara automatik layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan dan agensi-agansi pemberi bantua yang lain.

Salah satu bantuan yang akan diterima secara automatik kepada pendaftar eKasih adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang tertinggi setiap bulan dan sepanjang tahun.

KADAR BAYARAN E KASIH 2025

Berikut merupakan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima eKasih :

  1. Isi rumah
    • RM100 – RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun
  2. Warga Emas
    • RM100 – RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun
  3. Bujang
    • RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun

SOALAN LAZIM (FAQ) EKASIH 2025

Baca soalan lazim dan jawapan berkaitan eKasih di bawah :

  1. Adakah individu dengan pendapatan RM2,500 ke atas juga layak register (daftar) eKasih?
    • Hanya individu yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa sahaja layak.
  2. Adakah Bantuan Sara diberikan juga kepada bukan eKasih?
    • Ya, ianya diberikan juga penerima STR bukan eKasih. Namun dengan kadar yang bermula RM450 hingga RM900 sahaja setahun.
  3. Berapa ramaikah rakyat yang berjaya register (daftar) eKasih?
    • Setakat ini seramai 700,000 telah tersenarai dalam rekod data eKasih dan layak terima Bantuan SARA yang tertinggi pada tahun ini.
  4. Bilakah boleh register (daftar) eKasih?
    • Pada bila-bila masa, namun tertakluk kepada Portal eKasih.
  5. Bagaimanakah untuk tahu status kelayakan pendaftaran eKasih?

RUJUKAN

Segala informasi dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA dan eKasih. Untuk info lebih lanjut sila rujuk pihak berwajib melalui talian berikut :

  • Talian eKasih : 603 8000 8000
  • Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.

Leave a Comment