SEMAK KELAYAKAN SKAS SARAWAK : STATUS BAYARAN TERKINI 2025
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahmah Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini telah membentangkan belanjawan khusus untuk Negeri Sarawak yang bakal dilaksanakan pada tahun 2025.
Bagaimanakah semakan kelayakan skas? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : SEMAKAN E KASIH 2025 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA
APA ITU SEMAK KELAYAKAN SKAS
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan bantuan tunai khas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk rakyat nya yang terdiri daripada golongan B40 bertujuan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pemberian kewangan.
SYARAT KELAYAKAN SKAS
Antara syarat kelayakan yang boleh disemak adalah seperti berikut :
- Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.
KATEGORI PENERIMA SKAS SARWAK
Kategori yang di berikan adalah penerima yang betul layak menerima SKAS seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
- Tiada had umur.
- Kategori Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Kategori Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK
Amaun bayaran bantuan SKAS adalah seperti berikut :
- Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800.
- Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250.
- Penerima kategori warga emas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400.
SEMAK PERMOHONAN KELAYAKAN SKAS SARAWAK
Semakan status kelayakan secara online adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini:https://sarawak.gov.my/
- Kemudian, klik [Check Eligibility].
- Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan [Sarawak ID] anda. Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak ID, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
- Klik [My Individual Account].
- Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status dan tekan [Search].
- Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS
Berikut merupakan soalan lazim (FAQ) mengenai SKAS SARAWAK 2025:
- Siapa yang layak menerima SKAS?
- Golongan B40 di Sarawak termasuk isi rumah, warga emas, dan individu bujang berpendapatan rendah.
- Bagaimana cara semak SKAS Sarawak?
- Semakan boleh dibuat secara online menggunakan nombor MyKad melalui portal rasmi SKAS.
- Adakah SKAS sama dengan STR?
- Tidak. STR ialah bantuan kerajaan persekutuan, manakala SKAS khusus untuk rakyat Sarawak.
- Bilakah tarikh bayaran SKAS 2025?
- Dijangka bermula pada 2025 mengikut jadual yang diumumkan kerajaan negeri.
- Berapa jumlah maksimum bantuan SKAS?
- Jumlah tertinggi adalah RM800 bagi kategori isi rumah.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian khidmat: +6082-555999
- e-Mel:[email protected]