CHECK ONLINE BUDI MADANI RON95 – SEMAK STATUS KELAYAKAN, JUMLAH BAKI

CHECK ONLINE BUDI MADANI RON95 – SEMAK STATUS KELAYAKAN, JUMLAH BAKI

Penyasaran subsidi minyak petrol RON95 yang mana rakyat yang layak boleh mengisi minyak dengan harga paling murah iaitu RM1.99 seliter. Subsidi BUDI95 hanya disasarkan kepada 16 juta rakyat sahaja bagi mengelakkan pembaziran subsidi.

Bagaimanakah Cara Check Online Budi Madani? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA HIDUP 2025 : MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH STR

APA ITU BUDI MADANI

BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk
warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.

SIAPA LAYAK CHECK BUDI MADANI

Berikut merupakan syarat layak bantuan Budi Madani :

  • Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
  • Mempunyai lesen memandu yang masih aktif
  • Tiada kira tahap pendapatan – semua layak
  • Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu

Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.

HARGA RON95 TANPA BUDI MADANI

Bagi golongan TIDAK LAYAK (contohnya bukan warganegara), mereka perlu bayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

TARIKH PELAKSANAAN BUDI MADANI

Dibawah adalah tarikh yang dikeluarkan untuk menebus Bantuan Budi Madani seperti berikut :

  • Pada 27 September 2025(Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
  • Pada 28 September 2025(Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
  • Pada 30 September 2025(Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

KAEDAH CHECK ONLINE BUDI MADANI

Status Kelayakan BUDI MADANI RON95 di Portal Rasmi boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
  3. Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
  4. Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
  5. Klik butang “Semak Kelayakan’.
  6. Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
  7. Selesai.

CARA GUNA BUDI MADANI

Berikut adalah cara yang boleh digunakan untuk menebus Bantuan Budi Madani :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
  3. Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
  4. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  5. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  6. Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) ONLINE BUDI MADANI

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

  1. Bila BUDI Madani RON95 akan bermula?
    • Subsidi petrol RON95 boleh digunakan secara rasmi pada 30 September 2025. Namun, untuk penerima STR, dan Warga Polis/Tentera boleh menggunakanya beberapa hari lebih awal.
  2. Berapa harga petrol RON95 selepas subsidi?
    • Harga ditetapkan adalah RM1.99 seliter (Petrol RON95).
  3. Bagaimana semakan status kelayakan?
    • Semakan status kelayakan boleh di buat di Portal Rasmi Budi atau Aplikasi Digital (Aplikasi Syarikat Minyak) dan menggunakan MyKad di Stesen Minyak.
  4. Apakah had liter maksimum yang dibenarkan?
    • Setiap rakyat yang layak boleh menikmati subsidi sehingga 300 liter sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan akan diberikan melalui permohonan.
  5. Adakah pemandu e-hailing ada kelebihan kuota?
    • Ya, terdapat pengecualian untuk pemandu e-hailing yang mungkin memerlukan kuota tambahan melalui permohonan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
  • e-Mel : [email protected]
  • Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/


Leave a Comment