BANTUAN RAHMAH – SEMAKAN STATUS 2025

BANTUAN RAHMAH – SEMAKAN STATUS 2025

Program bantuan bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperkasakan dengan penyaluran melalui MyKad kepada penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, bagi memudahkan mereka membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.

Bagaimanakah Semakan Bantuan Rahmah? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE – SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RAHMAH

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAK STATUS BANTUAN SARA RAHMAH

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi SARA; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal SARA:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  9. Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
  10. Status : Layak (jika anda layak)
  11. Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
  12. Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
  13. Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  14. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  15. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  16. ⁠Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

AMAUN BAYARAN BANTUAN SARA

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR &
BERSTATUS EKASIH
BULAN
JANUARI-MAC
BULAN
APRIL-DISEMBER
Isi rumah
(RM 2,100 Setahun)
RM100/SEBULANRM200/SEBULAN
Warga emas tiada pasangan
(RM 1,650 Setahun)
RM100/SEBULANRM150/SEBULAN
Bujang
(RM 600 Setahun)
RM50/SEBULANRM50/SEBULAN

Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)

PENERIMA STR &
BUKAN EKASIH
BULAN
JANUARI-MAC
BULAN
APRIL-DISEMBER
Isi rumah
(RM 900 Setahun)
RM100/SEBULAN
Warga emas
tiada pasangan
(RM450 setahun)
RM50/SEBULAN
Bujang

KAEDAH BAYARAN BANTUAN RAHMAH

Cara pembayaran SARA kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah sama iaitu secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan pembelian barang keperluan asas di 7,300 kedai runcit dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN RAHMAH

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SARA :

  1. Adakah Bantuan SARA boleh ditunaikan?
    • Bantuan SARA hanya boleh digunakan secara tanpa tunai (cashless) dengan Kad Pengenalan sahaja dan tidak boleh ditunaikan.
  2. Adakah semua penerima STR akan menerima Bantuan SARA setiap bulan?
    • Tidak semua, hanya 5.4 juta penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.
  3. Bolehkah Bantuan SARA dipindah milik kepada orang lain?
    • Tidak boleh. Bantuan SARA hanya dikreditkan khusus kepada yang layak sahaja dan perlu digunakan untuk membeli barang keperluan.
  4. Adakah Bantuan SARA diteruskan setiap tahun?
    • Ya, tetapi jumlah, kelayakan penerima, dan kaedah bayaran mungkin berubah mengikut pengumuman Belanjawan tahunan kerajaan.

RUJUKAN

Semua maklumat berkaitan Bantuan MySARA dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA (MyKasih). Oleh itu, Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak MySARA seperti berikut :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel :[email protected]


Leave a Comment