MYKASIH SARA SEMAKAN 2025 : CHECK STATUS

MYKASIH SARA SEMAKAN 2025 : CHECK STATUS

Program bantuan bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditambah baik dengan pelaksanaan secara dua peringkat (eKasih dan Bukan eKasih) serta peningkatan kadar bayaran bulanan lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini bagi memastikan keperluan asas harian golongan memerlukan mencukupi.

Bagaimanakah sara mykasih semakan? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SARA EKASIH : SEMAKAN STATUS

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih:
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH

Semakan status mykasih boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu seperti berikut :

PORTAL PERTAMAPORTAL KEDUA
https://www.mykasih.com.myhttps://bantuantunai.hasil.gov.my

Panduan lengkap semakan status melalui portal rasmi MyKasih :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.

Panduan lengkap semakan status melalui portal rasmi STR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

CARA BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

  • NEGERI PENERIMA
    • Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
  • KAEDAH PENYALURAN
    • Penyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

CARA PEMBELIAN MYKASIH SARA

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  • Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  • Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  • Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment