BANTUAN SARA MYKASIH 2025 – SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM2,100

BANTUAN SARA MYKASIH 2025 – SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM2,100

Semak status kelayakan Bantuan SARA MyKasih 2025 anda sekarang! Ketahui tentang jumlah bantuan sehingga RM2,100 setahun untuk keluarga yang menerima STR dan eKasih. Anda juga boleh belajar cara guna MyKad untuk beli barang keperluan di kedai yang mengambil bahagian.

BANTUAN SARA MYKASIH

Apa itu Bantuan SARA MyKasih?

Kerajaan meneruskan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih Foundation pada tahun 2025 untuk membantu golongan B40.

Penerima yang layak akan dapat bantuan sampai RM2,100 setahun. Bantuan ini diberi dalam bentuk kredit yang dimasukkan ke dalam MyKad.

Anda boleh guna bantuan ini untuk beli barang keperluan harian di kedai runcit MyKasih yang berdaftar di seluruh negara.

“Nak tahu jenis-jenis bantuan kerajaan terkini yang anda boleh mohon? Klik sini : Senarai Bantuan Kerajaan 2025

Jumlah Bantuan & Kategori Penerima SARA MyKasih 2025

Kategori PenerimaJumlah Bantuan SetahunSumber Kelayakan
Isi Rumah (STR + eKasih)RM2,100STR & eKasih
Warga Emas Tiada Pasangan (STR + eKasih)RM1,650STR & eKasih
Bujang (STR + eKasih)RM600STR & eKasih
Isi Rumah (STR sahaja)RM900STR
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)RM450STR

Cara Semak Status Bantuan SARA 2025

Anda boleh semak status bantuan SARA anda dengan cara ini :

  • Pergi ke laman web semakan : https://www.mykasih.com.my/
  • Klik butang ‘Semak Kelayakan’ di bahagian laman.
  • Masukkan nombor MyKad anda (tanpa tanda -), contohnya 85XXXXXXXXXX.
  • Isikan kod captcha yang tertera.
  • Tekan butang ‘Semakan Status’ untuk lihat hasilnya.

Jika anda layak, maklumat tentang status bantuan dan jumlah yang akan diterima akan ditunjukkan. Jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

Barang Yang Boleh Dibeli Guna Bantuan SARA

Anda hanya boleh guna kredit bantuan untuk barang keperluan asas, seperti :

  • Makanan Asas
    • Beras, tepung, gula, minyak masak
    • Mee, bihun, pasta, telur ayam
    • Garam, rempah
  • Barang Dapur
    • Sabun cuci pinggan, serbuk pencuci
    • Plastik sampah, tisu, span cuci
  • Barang Mandi
    • Sabun mandi, ubat gigi, syampu
    • Tuala wanita
  • Keperluan Bayi
    • Susu formula, lampin pakai buang
  • Barang Tidak boleh Di beli : rokok, arak, alat solek, top-up telefon, atau barang yang bukan keperluan.

Kedai Yang Terima Bantuan MyKasih

Beberapa kedai yang terima bayaran SARA :

  • Mydin
  • Econsave
  • 99 Speedmart
  • TF Value-Mart
  • Kedai komuniti MyKasih & pasar mini tempatan

Cara Bayar Guna MyKad

  • Bawa MyKad ke kedai MyKasih yang berdaftar.
  • Pilih barang keperluan yang dibenarkan.
  • Masa bayar, imbas MyKad anda di kaunter.
  • Jumlah bantuan akan ditolak dari baki MyKasih anda.

Soalan Lazim (FAQ)

Siapa yang layak dapat Bantuan SARA 2025?

Penerima STR dan yang ada dalam sistem eKasih layak dapat SARA MyKasih.

Bantuan ini dalam bentuk tunai ke?

Tak. Ia dalam bentuk kredit dalam MyKad anda.

Boleh guna di semua kedai ke?

Tak. Hanya di kedai yang sertai program MyKasih.

Macam mana nak tahu baki bantuan?

Boleh semak di resit atau laman web mykasih.com.my.

Kesimpulan

Bantuan SARA MyKasih 2025 adalah salah satu usaha kerajaan untuk bantu rakyat yang berpendapatan rendah dalam membeli barang keperluan asas.

Maklumat & Info Lanjut

Leave a Comment