BANTUAN DALAM IC RM200 – SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Program Sumbangan Asas Rahmah adalah dikendali bawah MyKasih yang mengkreditkan bantuan kepada penerima melalui MyKad (Kad Pengenalan) Sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia. Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM100 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan menerusi Kad Pengenalan (IC) penerima.
Bagaimanakah Semakan Bantuan Dalam IC RM200? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN BULANAN – ADAKAH ANDA LAYAK – CEK SEGERA
KATEGORI LAYAK BANTUAN DALAM IC RM200
Ada dua kategori utama penerima Bantuan SARA :
- Penerima STR berstatus eKasih (miskin atau miskin tegar): Mereka ini warganegara Malaysia yang ada dalam pangkalan data eKasih dan lulus STR 2025.
- Penerima STR bukan eKasih: Warganegara yang lulus STR tetapi tidak termasuk dalam eKasih juga layak menerima bantuan SARA.
Penerima dalam kategori ini tidak perlu buat permohonan tambahan. Sistem akan uruskan berdasarkan data yang sedia ada.
CARA SEMAK BANTUAN DALAM IC
Berikut adalah dua (2) cara yang boleh digunakan untuk menyemak bantuan sara :
SEMAKAN DIAPLIKASI SARA :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan MySARA akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN DI LAMAN RASMI SARA :
- Sila layari Laman Portal Rasmi MyKasih di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA’ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN DALAM IC
Setiap penerima yang layak untuk SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan seperti berikut :
- Kategori Penerima STR & eKasih:
- Isi Rumah– RM2,100 (RM100 sebulan Januari – Mac, RM200 sebulan April – Disember)
- Warga Emas Tiada Pasangan– RM1,650 (RM100 sebulan Januari – Mac, RM150 sebulan April – Disember)
- Bujang– RM600 (RM50 sebulan Januari – Disember)
- Kategori Penerima STR sahaja:
- Isi Rumah– RM900 (RM100 sebulan April – Disember)
- Warga Emas Tiada Pasangan– RM450 (RM50 sebulan April – Disember)
CARA AGIHAN BANTUAN DALAM IC
Cara pembayaran SARA kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah sama iaitu secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan pembelian barang keperluan asas di 7,300 kedai runcit dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SARA :
- Adakah Bantuan SARA boleh ditunaikan?
- Bantuan SARA hanya boleh digunakan secara tanpa tunai (cashless) dengan Kad Pengenalan sahaja dan tidak boleh ditunaikan.
- Adakah semua penerima STR akan menerima Bantuan SARA setiap bulan?
- Tidak semua, hanya 5.4 juta penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.
- Bolehkah Bantuan SARA dipindah milik kepada orang lain?
- Tidak boleh. Bantuan SARA hanya dikreditkan khusus kepada yang layak sahaja dan perlu digunakan untuk membeli barang keperluan.
- Adakah Bantuan SARA diteruskan setiap tahun?
- Ya, tetapi jumlah, kelayakan penerima, dan kaedah bayaran mungkin berubah mengikut pengumuman Belanjawan tahunan kerajaan.
RUJUKAN
Semua maklumat berkaitan Bantuan MySARA dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA (MyKasih). Oleh itu, Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak MySARA seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel :[email protected]