TARIKH STR FASA 4 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

TARIKH STR FASA 4 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

Kerajaan telah pun mengemaskini tarikh rasmi untuk pengagihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 yang disebut didalam Belanjawan 2026 oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, oleh itu bagi yang layak dan yang ingin mengetahui status terkini boleh mengemaskini sekarang di laman rasmi STR.

Bilakah Tarikh Str Fasa 4? Ikuti info lanjut disini sekarang.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM IC RM200 – SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT LAYAK STR FASA 4

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025:

  1. Isi Rumah
    • Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
    • Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    • Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  3. Bujang
    • Warganegara Malaysia;
    • Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

NOTA: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 4

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  • Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
    • Penerima tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

TARIKH STR FASA 4 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada
November 2025. Tarikh rasmi akan dikemaskini kelak. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

JENIS BAYARANTARIKH BAYARAN
FASA 122 Januari 2025
FASA 224 Mac 2025
FASA 312 Ogos 2025
FASA 418 October 2025

Bayaran STR Fasa 4 telah pun diberikan tarikh secara rasmi pada 18 Oktober sebelum perayaan Deepavali melalui pengistiharan Belanjawan 2026 oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim.

CARA SEMAK SUMBANGAN TUNAI FASA 4

Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • Tiada anak : RM200
    • 1-2 anak : RM350
    • 3-4 anak : RM500
    • 5 anak atau lebih : RM700
  • Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada anak : RM100
    • 1-2 anak : RM200
    • 3-4 anak : RM250
    • 5 anak atau lebih : RM350
  • Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM150
  • Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan) yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • RM150

WAKTU MASUK BAYARAN STR FASA 4

Lazimnya bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu-waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

*Namun, waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank adalah tidak menentu dan penerima perlu menyemak secara berkala.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

  1. Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
    • Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
  3. Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
    • Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
  4. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
  5. Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
    • Permohonan Bantuan STR perlu dikemukakan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  6. Bilakah tarikh akhir permohonan Bantuan STR Fasa 4?
    • Permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan pada bila-bila masa sebelum 30 September 2025.

RUJUKAN

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai
STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:

Leave a Comment