BARANG MYKASIH 2025 : SEMAKAN SENARAI BARANGAN DAPUR & CARA GUNA

BARANG MYKASIH 2025 : SEMAKAN SENARAI BARANGAN DAPUR & CARA GUNA

MyKasih mempunyai lebih 1,200 kedai dan pasaraya yang terpilih di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Yang mana penerima dapat menggunakan Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas (MyKasih) setiap bulan.

Bagaimanakah semak barang mykasih? Ikuti info lanjut sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA : KELAYAKAN MYKASIH 2025

SENARAI BARANG MYKASIH

Terdapat 13 kategori barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKad (SARA), antaranya ialah :

  1. Beras:Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti:Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur:Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak:Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung:Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut:Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera:Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman:Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin:Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa:Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan:Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan:Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan:Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

*NOTA : Pembelian hendaklah tidak melebihi jumlah bantuan yang dikreditkan dalam MyKad penerima.

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH

Berikut merupakan panduan lengkap cara guna Bantuan MyKad (SARA) untuk pembelian barangan MyKasih :

  1. Kunjungi kedai terpilih MyKasih berhampiran anda.
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan sebagai penerima Bantuan MyKasih.
  4. Anda perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan anda perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

JUMLAH BANTUAN BARANG MYKASIH

Pada 1 April 2025 (Selasa), kerajaan telah mengkreditkan Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

JUMLAH KREDIT KEPADA
PENERIMA SEDIA ADA
JUMLAH KREDIT KEPADA
PENERIMA BAHARU
Isi Rumah : (RM200)Isi Rumah : (RM100)
Warga Emas : (RM150)Warga Emas : (RM50)
Bujang : (RM50)Bujang : –

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment