BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS

BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah ditambah baik dengan penyaluran bantuan melalui MyKad yang kini diperluas ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak dengan peruntukan sehingga RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun 2024, bagi memastikan keperluan asas penerima terus mencukupi.

Bagaimanakah bantuan mykasih disalurkan? Ikuti info disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH ONLINE 2025 (SARA)

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Jumlah Bantuan MyKasih yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah sebanyak berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 / RM200 setiap bulan (RM2,100 setahun).
    • Warga Emas : RM100 / RM150 setiap bulan (RM1,650 setahun).
    • Bujang : RM50 setiap bulan (RM600 setahun).
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan (RM900 setahun).
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan (RM450 setahun).

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025

Ikuti panduan semakan status secara online seperti berikut :

  1. Sila layarilaman web rasmi My Kasih https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama laman tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA SEMAK BAKI MYKASIH

Untuk mengetahui baki duit bantuan dalam MyKad, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi My Kasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
  8. Selesai.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Pembayaran Bantuan SARA adalah pada tarikh berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment