LOGIN PORTAL STR 2025 : SEMAKAN BAYARAN BANTUAN FASA 4
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah yang terakhir bagi tahun 2025 iaitu bantuan fasa yang ke 4 mula diagihkan kepada lebih 8.8 Juta penerima yang layak bagi meringkan lagi beban ekonomi dibawah Kerajaan Madani pada tahun 2025 ini.
Bagaimanakah cara login portal STR 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : LOG MASUK STR 2025 : SEMAKAN BAYARAN BANTUAN FASA 4
APA ITU PORTAL STR 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 ialah inisiatif bantuan tunai dari kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat.
Bagi tahun 2025, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.
SYARAT LAYAK STR 2025
Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025:
- Isi Rumah
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
NOTA: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
CARA BAYARAN STR 2025
Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :
- Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
- Penerima tiada akaun bank; atau
- Status ‘Gagal Kredit’; atau
- Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.
TARIKH BAYARAN STR 2025
Bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : 12 Ogos 2025
- Fasa 4 : 18 Oktober 2025
Untuk Fasa 4, jumlah bayaran bagi kategori Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah, anda akan menerima RM150 hingga RM700 (ikut bilangan anak). Manakala, Warga emas pula RM150 dan golongan Bujang akan menerima RM100.
LOGIN PORTAL STR 2025
Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.I
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN PORTAL STR 2025
Jumlah bantuan yang akan diterima dalam Fasa 4 ini bergantung pada kategori dan pendapatan isi rumah. Berikut adalah perinciannya :
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- Tiada anak : RM200
- 1-2 anak : RM350
- 3-4 anak : RM500
- 5 anak atau lebih : RM700
- Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000:
- Tiada anak : RM100
- 1-2 anak : RM200
- 3-4 anak : RM250
- 5 anak atau lebih : RM350
- Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- RM150
- Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan) yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah:
- RM150
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025
Berikut soalan yang selalu ditanyakan mengenai STR 2025 :
- Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
- Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
- Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
- Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
- Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
- Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
- Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
- Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
- Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
- Permohonan Bantuan STR perlu dikemukakan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
- Bilakah tarikh akhir permohonan Bantuan STR Fasa 4?
- Permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan pada bila-bila masa sebelum 30 September 2025.
RUJUKAN
Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai
STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:
- LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
- Talian Hotline:1-800-88-2747
- Laman Web Rasmi:https://bantuantunai2025.hasil.gov.my