BANTUAN EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA REGISTER PERMOHONAN

BANTUAN EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA REGISTER PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) melalui e-Wallet kini dibuka. Rakyat Selangor yang memenuhi syarat kelayakan bantuan boleh mula membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan bantuan ewallet rm300 2026? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

BANTUAN EWALLET RM300 2026

Permohonan BINGKAS akan dibuka semula pada 1 November 2025 (SABTU). Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan boleh membuat permohonan BINGKAS secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Log Masuk].
  4. Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu] jika belum mempunyai akaun Selangkah.
  5. Laman Pendaftaran Akaun Selangkah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor Telefon untuk pendaftaran akaun Selangkah.
  7. Ikuti langkah-langkah pendaftaran dan Isi semua butiran maklumat yang diminta dengan lengkap.
  8. Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
  9. Setelah pendaftaran berjaya, log masuk bingkas dengan akaun Selangkah yang telah didaftarkan dengan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang telah ditetapkan.
  10. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN EWALLET RM300 2026

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
  • Salinan Sijil Kematian / Bercerai / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.

SIAPA LAYAK BANTUAN EWALLET RM300

Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

SEMAKAN STATUS EWALLET RM300 2026

Semakan Status Kelayakan BINGKAS boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :

  • Portal Rasmi BINGKAS; atau
  • Aplikasi Selangkah.

Panduan lengkap semakan status kelayakan di Portal Rasmi BINGKAS :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
  4. Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
  5. Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
  6. Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
  8. Selesai.

CARA GUNA EWALLET

Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
  3. Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
  6. Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment