SEMAKAN ONLINE SARA 2026 – SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

SEMAKAN ONLINE SARA 2026 – SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Dalam pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan telah mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dengan dana yang lebih besar bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah. Menerusi program ini, penerima yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan bulanan melalui MyKad mereka.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Penerima kini boleh membuat semakan online SARA 2026 secara atas talian untuk mengetahui status pembayaran, kelayakan, dan jumlah bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad masing-masing.

“Untuk Semak Status Kelayakan Bantuan STR 2026 boleh KLIK DISINI“.

APA ITU SARA 2026?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah bantuan khusus dalam Belanjawan 2026. Program ini adalah kesinambungan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

SEMAKAN ONLINE SARA

Penerima yang layak akan mendapat bantuan dalam bentuk kredit tanpa tunai yang terus dimasukkan ke dalam MyKad mereka. Kredit ini boleh dimanfaatkan untuk membeli barang keperluan asas di kedai dan pasar raya yang telah berdaftar.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) bekerjasama dengan Yayasan MyKasih untuk menguruskan program ini. Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat menjelang 2026.

KADAR BANTUAN SARA 2026

Berikut ialah kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026, yang dibahagikan mengikut kategori penerima :

Kategori PenerimaKadar SARA 2026
Penerima STR (bukan eKasih / isi rumah)RM100 sebulan, menjadikan jumlah RM1,200 setahun.
Penerima STR + eKasihRM200 sebulan, menjadikan jumlah RM2,400 setahun.
Bujang (STR / eKasih)RM50 sebulan, menjadikan jumlah RM600 setahun.
SARA One-Off (semua warganegara 18 tahun ke atas)Bayaran sekali sebanyak RM100 (pada Februari 2026).

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2026

Jadual pembayaran SARA 2026 adalah seperti berikut :

JADUAL BAYARAN SARA 2026

SEMAKAN ONLINE SARA 2026

Berikut ialah panduan lengkap untuk menyemak status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, termasuk cara menyemak kelayakan, baki kredit MyKad dan status pembayaran.

Semakan Melalui Portal Rasmi MyKasih

Portal MyKasih ialah platform utama untuk menyemak status penerima SARA 2026. Semua penerima STR yang memenuhi syarat akan disenaraikan secara automatik di portal ini.

Langkah-langkah semakan :

  • Lawati laman web MyKasih di : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  • Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sempang).
  • Klik butang “Semakan Status”.
  • Keputusan akan menyatakan :
    • Status kelayakan (“Layak” / “Tidak Layak”)
    • Nama penuh penerima
    • Baki kredit SARA dalam MyKad
    • Tarikh bantuan mula dikreditkan

Nota : Jika status “Tidak Layak” dipaparkan, tetapi anda ialah penerima STR, pihak MyKasih dan LHDNM akan membuat semakan semula secara automatik.

Semakan Melalui Portal MySTR (LHDNM)

Penerima juga boleh menyemak SARA melalui portal MySTR, iaitu laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

Langkah-langkah :

  1. Buka laman web MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.
Contoh paparan di Portal Rasmi STR

Nota : Jika nama anda ada dalam senarai penerima STR 2026, anda layak menerima SARA secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

Semakan Melalui Portal Rasmi SARA

Portal Rasmi SARA turut menyediakan pautan semakan dan maklumat mengenai kedai yang mengambil bahagian dalam program ini.

Langkah-langkah :

  • Layari portal rasmi : https://www.sara.gov.my
  • Klik menu “Semak Kelayakan”.
  • Masukkan nombor MyKad anda untuk menyemak status terkini.
SEMAKAN KELAYAKAN SARA 2026

PANDUAN MENGGUNAKAN SARA 2026

Di bawah adalah panduan ringkas tentang cara menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang dimasukkan ke dalam MyKad penerima :

  1. Pilih Barang Keperluan
    • Pilih barang keperluan yang anda ingin beli. Ada 14 kategori yang dibenarkan oleh SARA, contohnya beras, minyak masak, telur, tepung, roti, makanan dalam tin, minuman, produk penjagaan diri, kelengkapan sekolah, ubat, bahan perasa, biskut, mi segera dan produk kebersihan rumah. Pastikan barang-barang ini ada label SARA pada rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad di Kaunter
    • Semasa membuat bayaran, berikan MyKad anda kepada juruwang supaya mereka dapat sahkan status penerima SARA anda.
  3. Imbas Kod Barang
    • Juruwang akan imbas setiap barang yang telah anda pilih untuk pastikan ia termasuk dalam kategori barang yang dibenarkan di bawah program tersebut.
  4. Bayar Guna MyKad
    • Selepas semua barang diimbas, bayaran akan dibuat dengan menggunakan MyKad anda. Jumlah pembelian akan ditolak terus daripada kredit SARA yang ada.
  5. Simpan Resit
    • Simpan resit anda untuk semakan atau rujukan transaksi pembelian pada masa akan datang.
CARA GUNA SARA

SENARAI KATEGORI BARANGAN SARA 2026

Berikut merupakan 14 kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad) :

  1. Produk Kebersihan : Colgate / Kotex / Detol
  2. Ubat-ubatan : Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  3. Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  4. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  5. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  6. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  7. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  8. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  9. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  10. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  11. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  12. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  13. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  14. Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
KATEGORI BARANGAN SARA

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026

Adakah saya perlu memohon SARA 2026?

Tidak. Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.

Di mana boleh guna kredit SARA?

Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh negara seperti Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan berdaftar.

Apakah barangan yang boleh dibeli?

Terdapat 14 kategori barangan asas termasuk:beras, minyak masak, tepung, gula, susu, telur, ayam, ikan, sayur, roti, lampin, ubat asas (seperti Panadol), sabun mandi, dan alat tulis.

Adakah baki kredit SARA akan luput setiap bulan?

Tidak. Baki kredit tidak akan luput dalam bulan yang sama dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya rosak / hilang?

Sila hubungi Talian Bantuan MyKasih. Pengecualian pembelian secara manual akan diberikan hanya bagi satu transaksi pembelian. Pembelian seterusnya hanya boleh dibuat menggunakan MyKad baharu anda.

KESIMPULAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 adalah usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam menempuhi kos hidup yang semakan meningkat.

Bantuan ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban keluarga, tetapi juga dapat memastikan bantuan kerajaan digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan keperluan asas.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, penerima boleh layari atau hubungi :

  • Talian Hotline MyKasih : (603)-7720 1800
  • Talian Hotline MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566
  • Laman Web Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my

Leave a Comment