PERMOHONAN SPPM LPPSA 2025 : CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN MUDA
Skim Pembiayaan Perumahan Muda (SPPM) merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bermula 1 April 2025, ia bertujuan membantu penjawat awam muda berumur 30 tahun ke bawah memiliki rumah pertama dengan lebih mudah melalui tempoh pembiayaan yang dilanjutkan dan syarat kelayakan yang mesra belia.
Bagaimanakah Permohonan SPPM LPPSA? Ikuti info lanjut sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : YAYASAN SARAWAK FREE LAPTOP 2025 : PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
OBJEKTIF PERMOHONAN SPPM LPPSA 2025
Antara cara untuk mencapai objektif yang utama supaya berjalan lancar adalah seperti berikut :
- Menyediakan pembiayaan yang lebih fleksibel dan bersesuaian dengan kemampuan kewangan penjawat awam muda.
- Meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam.
- Mengurangkan tekanan kewangan golongan belia melalui ansuran bulanan yang lebih rendah.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN MUDA 2025
Pemohon perlulah memenuhi kriteria syarat kelayakan bagi memohon permohanan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Penjawat awam tetap, telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun.
- Berumur 30 tahun dan ke bawahpada tarikh permohonan.
- Tidak disenarai hitam atau muflis.
- Layak menerima pembiayaan LPPSA dan tidak menghadapi tindakan tatatertib.
- Tempoh pembiayaan mengikut skim perkhidmatan berikut:
- Skim Berpencen: Tidak melebihi 40 tahun (480 bulan) atau umur 90 tahun, yang mana terdahulu.
- Skim KWSP: Tidak melebihi 40 tahun (480 bulan) atau terhad kepada umur tamat perkhidmatan, yang mana terdahulu.
JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN MUDA YANG LAYAK
Skim pembiayaan perumahan muda yang layak adalah seperti berikut :
- Jenis 1: Pembelian rumah siap.
- Jenis 2: Pembinaan rumah atas tanah sendiri.
- Jenis 3: Pembelian rumah dalam pembinaan.
- Jenis 5: Penyelesaian baki hutang pembiayaan dari institusi kewangan lain (refinancing).
KRITERIA PEMBAYARAN PERMOHONAN SPPM LPPSA 2025
Bagi memastikan kelestarian skim dan mengurangkan risiko tunggakan, SPPM menetapkan beberapa kriteria pembayaran seperti berikut:
- Pembiayaan pertama sahaja;
- Dibenarkan untuk pembiayaan Jenis 1, 2, 3, dan 5 (rumah) sahaja;
- Permohonan pembiayaan dikemukakan mulai 1 April 2025 hingga 31 Disember 2025.
CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN MUDA
Permohonan Skim Pembiayaan Perumahan Muda boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi LPPSA di https://myfinancing.lppsa.gov.my :
Dokumen sokongan seperti berikut perlu disediakan:
- Salinan MyKad
- Penyata gaji terkini
- Surat pengesahan jawatan
- Dokumen hartanah (perjanjian jual beli, pelan bangunan, dsb.)
RUJUKAN
Sekiranya anda memerlukan bantuan, boleh gunakan cara untuk menghubungi seperti dibawah :
- Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-8880 1600 atau melalui;
- Portal Pertanyaan/ Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/.
- Untuk maklumat lanjut, sila layaril laman web rasmi LPPSA di https://www.lppsa.gov.my.