MYKASIH LOGIN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberi nama Mykasih diyakini mampu menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia dan juga dapat meringankan lagi beban rakyat yang tak mampu untuk membeli barangan dapur, oleh itu Kerajaan Malaysia dibawah naungan MADANI telah menaikkan bajet sebanyak RM2.3 Bilion bagi memperkasa sumbangan ini kepada rakyat yang terpilih.
Bagaimanakah cara login Mykasih? Ikuti info lanjut sehingga akhir disini.
BACA JUGA : BANTUAN SYUKUR SABAH : SEMAKAN STATUS FASA 2 2025
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
JUMLAH PENERIMA SARA MYKASIH
Jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
| PENERIMA SEDAI ADA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) |
|---|---|
| 0.7 Juta Penerima (Kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan) | 4.7 Juta Penerima (Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan) |
LOGIN SEMAKAN MYKASIH
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Login Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
Login Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
- Jumlah Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Setahun (2025)
| PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
|---|---|
| Isi Rumah : RM2,100 | Isi Rumah : RM900 |
| Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,650 | Warga Emas Tiada Pasangan : RM450 |
| Bujang : RM600 | – |
- Jumlah Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Setahun (2025)
| PENRIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
|---|---|
| Isi Rumah RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
| Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | Bujang – |
KATEGORI BARANGAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe)
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang)
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita)
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi)
- Barangan persekolahan (Contoh : Alat tulis, Pakaian Seragam Sekolah, Kasut Sekolah)
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]