STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA : CHECK KELAYAKAN & CARA MEMOHON BARU
Untuk tahun 2026, golongan Bujang tidak akan terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) namun sebaliknya digantikan dengan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026.
Tahukah anda? STR Bujang diganti dengan SARA pada tahun 2026? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 1 2026 : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
SYARAT LAYAK STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA
Syarat Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kategori bujang mestilah terdiri daripada :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Syarat kelayakan ini adalah dibawah MySTR dan akan digunapakai untuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2026 sebagai pengganti bagi MySTR.
JUMLAH BAYARAN SARA BUJANG 2026
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR STR 2026 | KADAR SARA 2026 |
|---|---|---|
| Bujang | RM600 | RM50/Sebulan |
TARIKH DAN CARA BAYARAN SARA BUJANG 2026
- Bayaran STR & SARA 2026: Dijangka bermula awal tahun 2026 melalui akaun bank berdaftar atau di kaunter BSN bagi penerima tanpa akaun.
- Bonus tambahan: Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan tambahan RM100 (one-off) pada Februari 2026 sempena sambutan Ramadan dan Tahun Baru Cina.
CARA SEMAKAN SARA BUJANG 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal MySTR; dan
- Portal SARA
Cara semakan status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR BUJANG DIGANTI DENGAN SARA
Bila tarikh bayaran pertama STR 2026?
Bayaran dijangka bermula awal tahun 2026, selepas pemprosesan permohonan diluluskan.
Adakah bujang masih layak dapat bantuan tunai?
Tidak. Bermula 2026, bayaran tunai untuk bujang bawah 60 tahun diganti dengan bantuan SARA bernilai RM600 setahun.
Saya sudah mohon STR sebelum ini, perlu daftar semula?
Ya, pendaftaranMySTR baharu wajib dibuatwalaupun pernah menerima bantuan STR sebelumnya.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]