RAYUAN SBP : CARA PERMOHONAN UNTUK TINGKATAN 4 & 1 (SESI 2026)

RAYUAN SBP : CARA PERMOHONAN UNTUK TINGKATAN 4 & 1 (SESI 2026)

Sokongan moral dan persediaan mental daripada ibu bapa amat penting bagi memastikan emosi murid tetap positif sepanjang tempoh menunggu keputusan rayuan ini. Keputusan akhir rayuan biasanya diumumkan secara berperingkat berdasarkan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran ambilan pertama selesai.

Bagaimanakah Cara Semakan Rayuan SBP? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN BINGKAS SELANGOR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN BANTUAN

JENIS SEKOLAH LAYAK RAYUAN SBP

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

TARIKH RAYUAN SBP 2026

Untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tarikh yang anda perlu tahu untuk membuat rayuan adalah seperti berikut :

JENIS PERMOHONANTARIKH PERMOHONAN
Permohonan (DIBUKA)26 Disember 2025
Hingga 13 Januari 2026
Permohonan (DITUTUP)Akan diumumkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM)

Semakan keputusan tawaran Tingkatan 1 dan 4 boleh diketahui bermula pada tarikh sepertimana dinyatakan di atas. Calon-calon boleh melakukannya melalui Sistem Semakan Tawaran SBP yang akan diaktifkan pada tarikh tersebut. Pastikan anda mengikuti arahan diberikan di laman tersebut bagi mendapatkan keputusan dengan tepat.

TARIKH SEMAKAN RAYUAN

Untuk pengetahuan semua, tarikh untuk semakan rayuan adalah seperti berikut :

  • Tarikh semakan keputusan rayuan : 6 – 10 Feb 2026

Sila rujuk cara semakan Keputusan Penawaran Serta Penempatan Murid Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Ketagori Rayuan Ke Sekolah Khusus (Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Menengah Agama) Bagi Kalendar Akademik Sesi 2026.

LINK UNTUK PROSES RAYUAN SBP 2026

Berikut ialah link untuk laman rasmi permohonan Rayuan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2026 :

JENIS LINK PERMOHONANLINK PERMOHONAN
Semakan SBP Tingkatan 1https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1
Semakan SBP Tingkatan 4https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4

CARA PERMOHONAN RAYUAN

Berikut adalah cara membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.

  1. E-Rayuan boleh diakses secara online melalui:
  2. Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
  3. Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
  4. Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.

NOTA: Tiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja serta Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan.

RUJUKAN

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan rayuan SBP dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk saluran di bawah:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya Selangor.
  • Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546 (8.00 pagi – 5.00 petang)

Leave a Comment